Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Buruh binaan ditahan cabul kanak-kanak


Tarikh kemaskini: 15/07/2019





KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Seorang buruh binaan warga Indonesia ditahan kerana disyaki mencabul seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun di sebuah kedai serbaneka di pusat bandar Country Homes, Rawang, dekat sini, Rabu lepas.

Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Samsor Maarof berkata pihaknya menerima maklumat pada Jumaat lepas, selepas pengadu diberitahu isterinya bahawa anak mereka dipeluk daripada belakang oleh seorang lelaki, sebelum suspek melarikan diri.

"Ekoran kejadian itu, lelaki berusia 45 tahun itu ditahan di kawasan Country Homes. Polis turut merampas pakaian yang digunakan suspek semasa kejadian. Suspek tidak mempunyai dokumen pengenalan diri dan kes disiasat di bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Kanak-Kanak 2017,” katanya ketika dihubungi. 

Baru-baru ini, tular video di media sosial seorang lelaki dipercayai mencabul seorang kanak-kanak perempuan di dalam sebuah kedai serbaneka di pusat bandar berkenaan.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Pindaan kaedah ujian memandu untuk laksanakan e-testing - Loke

 
     

Kejayaan sesuatu penyampaian diukur kepuasan pelanggan - Aminuddin

 
     

Pasukan bola sepak Sabah, peserta Unduk Ngadau sertai perarakan Hari Kebangsaan

 
     

Berdepan pertuduhan rogol: Exco Perak dinasihat cuti daripada tugas rasmi

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel