Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Penghantaran tenaga buruh Bangladesh ke Malaysia seawal bulan depan - Kula Segaran


Tarikh kemaskini: 15/07/2019





KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Moratorium penghantaran tenaga pekerja dari Bangladesh ke Malaysia dijangka ditarik balik seawal bulan depan, kata Menteri Sumber Manusia, M. Kula Segaran.

Kajian semula moratorium itu kini di peringkat akhir dan dijangka dimuktamadkan dalam tempoh sebulan dua ini, katanya pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Peladang Antarabangsa ke-9, di sini hari ini.

Penggantungan penghantaran pekerja Bangladesh ke negara telah menjejas beberapa industri utama negara khususnya sektor perladangan dan pembinaan dan keputusan menarik balik moratorium itu dijangka akan mengurangkan kekurangan tenaga kerja dalam sektor tersebut.

Pada September tahun lepas, Putrajaya menggantung Sistem Permohonan Pekerja Asing (SPPA) bagi pekerja Bangladesh, yang hanya membenarkan proses pengambilan dijalankan oleh 10 agensi terpilih yang diluluskan kerajaan sebelumnya.

Sistem sebelum ini menyaksikan pekerja Bangladesh perlu membayar sehingga RM20,000 sebagai yuran pemprosesan setiap orang kepada ejen bagi memudahkan kelulusan permit kerja dan urusan lain di Malaysia.

Minggu lalu, Menteri Kebajikan Ekspatriat dan Pekerjaan Luar Negara Bangladesh, Imran Ahmad, yang mengadakan lawatan kerja tiga hari ke Kuala Lumpur, berkata negaranya menjangka mencapai persetujuan dengan kerajaan Malaysia bulan depan mengenai mekanisme baharu pengambilan pekerja Bangladesh.

Beliau menganggarkan kira-kira 400,000 pekerja Bangladesh kini bekerja secara sah di Malaysia.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

JIM tumpas penipuan dalam talian warga China di Ipoh

 
     

Henti polemik isu hak milik tanah kampung baharu - MB Perak

 
     

Yuran Kelab Berkuda, Rekreasi Rakyat Parlimen Shah Alam hanya RM50

 
     

Lexis Hibiscus Port Dickson dinamakan tempat perkahwinan terkemuka di dunia

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel