Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Rayuan kes 'Bin Abdullah' didengar panel lima hakim Mahkamah Persekutuan pada 16 Ogos


Tarikh kemaskini: 16/07/2019





 

PUTRAJAYA, 16 Julai (Bernama) -- Rayuan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan dua pihak lagi terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan anak tidak sah taraf beragama Islam boleh dibin atau dibintikan kepada bapanya daripada ‘dibin/bintikan Abdullah’ akan didengar semula oleh Mahkamah Persekutuan pada 16 Ogos ini.

Panel hakim yang akan mendengar kes berkenaan akan terdiri daripada lima hakim dan bukannya tujuh hakim seperti yang ditetapkan sebelum ini.

Nizam Bashir, peguam pasangan suami isteri dan kanak-kanak berkenaan yang identiti mereka dirahsiakan berkata mahkamah telah memaklumkan semua pihak yang terlibat dalam rayuan berkenaan mengenai perubahan dalam pemilihan hakim semasa pengurusan kes hari ini melalui sistem e-review.

"Mahkamah mengambil perhatian tentang pentingnya rayuan itu tetapi tidak dapat menyenaraikan panel tujuh hakim pada 16 Ogos dan mahkamah tidak boleh menangguhkan lagi kes itu," kata Nizam semasa dihubungi.

Pada Mei 2017, Mahkamah Rayuan membuat keputusan memihak kepada pasangan itu dan anak mereka yang memfailkan semakan penghakiman untuk mendesak Ketua Pengarah JPN menggantikan nama “Abdullah” pada kanak-kanak itu dengan nama bapa kandungnya dalam sijil kelahiran.

Pada September 2017, Mahkamah Persekutuan membenarkan JPN, ketua pengarahnya dan kerajaan merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan itu.

Mengikut undang-undang Syariah, kanak-kanak yang dilahirkan kurang daripada enam bulan selepas pernikahan ibu bapanya dianggap tidak sah taraf. 

Rayuan berkenaan didengar di Mahkamah Persekutuan tahun lepas dengan panel lima hakim yang dipengerusikan bekas Ketua Hakim Negara Tun Raus Sharif  tetapi menangguhkan keputusannya.

Bagaimanapun, Raus telah meletakkan jawatan manakala beberapa hakim dalam panel itu juga bersara.

 

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Kerajaan PH akan terus laksana polisi beri manfaat pada rakyat

 
     

Seramai 70 peserta sertai Raleigh Borneo Expedition 2019

 
     

Rosmah pohon jaminan kos RM500,000 daripada syarikat barang kemas Lubnan

 
     

Separuh penjawat awam terlibat rasuah adalah golongan muda

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel