Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia jalankan soal selidik permintaan jalur lebar


Tarikh kemaskini: 16/07/2019





KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) -- Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan menjalankan soal selidik Permintaan Jalur Lebar 2019 bagi pengguna individu, perniagaan dan sektor awam untuk mengumpul data berkaitan permintaan jalur lebar di Malaysia.

Dalam satu kenyataan hari ini, MCMC memaklumkan bahawa hasil soal selidik itu akan digunakan untuk membuat perancangan Pelan Gantian Optik Dan Kesalinghubungan Negara (NFCP). 

Menurut suruhanjaya itu, bagi responden individu, soal selidik berkenaan akan dijalankan melalui panggilan telefon dari Pusat CATI MCMC di Cyberjaya bermula hari ini hingga 30 Sept. 

“Pungutan data akan dijalankan dari pukul 9 pagi hingga 6 petang setiap hari kecuali pada hari kelepasan am negara dan negeri Selangor,” menurut kenyataan itu. 

Sementara itu, bagi responden sektor perniagaan dan sektor awam pula, soal selidik akan dijalankan secara dalam talian dan responden terpilih akan menerima surat rasmi daripada MCMC untuk menyertai soal selidik tersebut.  

Responden boleh menjawab soalan di laman sesawang https://survey.skmm.gov.my dan borang kaji selidik yang lengkap hendaklah dihantar secara dalam talian kepada MCMC selewat-lewatnya pada 18 Ogos. 

“Adalah dimaklumkan bahawa tujuan soal selidik ini hanya untuk pengumpulan data. Tiada wang akan dikutip mahupun sebarang urusan jualan dilakukan. Penyertaan adalah secara sukarela. Bagaimanapun, kerjasama daripada responden amat kami hargai,” menurut kenyataan itu. 

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Kementerian Pendidikan akan kaji penggunaan alat permainan yang mampu asah minda kanak-kanak

 
     

FAMA rancang bangunkan tanah wakaf dengan tanaman durian

 
     

Kajian kebolehlaksanaan projek terowong dasar laut belum siap sepenuhnya - Chow

 
     

Geran usahawan hanya untuk yang benar-benar layak - Mohd Redzuan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel