Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

62 penghulu Cina dilantik bantu selia pembangunan kampung baru Cina


Tarikh kemaskini: 16/07/2019





KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) -- Seramai 62 Pegawai Kemajuan Perkampungan (PKP) yang berperanan sebagai penghulu telah dilantik bagi menguruskan hal ehwal berkaitan pembangunan dan kebajikan kampung baru Cina.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin berkata meskipun jawatan PKP adalah lantikan politik namun mereka adalah penjawat awam secara 'contract of service' dan perlu patuh kepada pekeliling dan dasar kerajaan.

"Dalam bahasa mudahnya mereka ini dipanggil penghulu-penghulu Cina yang akan ditugaskan untuk setiap seorang menjaga tujuh hingga 10 kampung Cina dengan diberikan peruntukan untuk melakukan aktiviti kemasyarakatan.

"Kita juga telah menggariskan untuk mereka melaksanakan program yang berfokuskan kepada membudayakan ekonomi komuniti yang melibatkan anak muda selain program penjagaan kebersihan dan kelestarian kawasan masing-masing," katanya semasa berucap pada Perjumpaan Menteri Bersama PKP di  sini hari ini.

Dalam sidang media kemudiannya, Zuraida berkata kesemua mereka akan mengikuti kursus dua hari di pusat latihan kementerian itu di Bukit Tinggi, Pahang bagi diberi taklimat mengenai hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran.

Beliau berkata antara perkara yang ditetapkan kementerian dalam pelantikan PKP ialah mewajibkan sebanyak 30 peratus terdiri daripada wanita, punya kelayakan akademik serta boleh berbahasa Melayu.

Antara pelantikan teramai PKP ialah di negeri di Perak (14), Johor (10), Pahang (9) dan Kedah (6) orang.          

-- BERNAMA 

 


 

   

 
 
     
   
 

Sultan Nazrin, Tuanku Zara berangkat ke Pertandingan Pidato Diraja 2019

 
     

Tiada lagi pencemaran di Sungai Ulu Benut

 
     

Buluh, daun rumbia hasilkan replika tempua terbesar di Malaysia

 
     

KYP Advanced Skills dialukan dalam penubuhan De' Royal Azizah Culinary School

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel