Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pelacuran : pondan antara 21 individu ditahan polis


Tarikh kemaskini: 17/07/2019





KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) — Mengenakan bayaran antara RM50 hingga RM90 untuk sekali langganan, itulah kegiatan seorang pondan dan 20 wanita yang ditahan kerana disyaki menjalankan khidmat pelacuran di premis kediaman dan kaki lima Wisma Indah, Jalan Tun Razak, di sini malam tadi.

Turut ditahan, lima lelaki termasuk tiga warga asing disyaki pekerja premis berkenaan dalam serbuan pada 8.30 malam tadi yang dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman.

Penolong Pengarah D7 Bukit Aman, ACP Mohd Hedzir Hussin berkata premis terlibat telah diubahsuai bagi menjalankan kegiatan pelacuran yang menyasarkan warga asing yang bekerja di kawasan berhampiran.

“Dalam serbuan itu, seramai 12 wanita warga China ditahan, selain empat wanita Vietnam, dua wanita Indonesia, seorang wanita tempatan dan seorang pondan warga Indonesia dengan kesemuanya berusia antara 24 hingga 50 tahun.

“Lelaki pekerja premis yang ditahan adalah dua lelaki Bangladesh, dua warga tempatan dan seorang warga Indonesia,” katanya ketika ditemui di lokasi serbuan, di sini malam tadi.

Mohd Hedzir berkata pelanggan akan ditawarkan khidmat pelacur di kaki lima Wisma Indah sebelum dibawa ke bilik di tingkat empat.

Beliau berkata kesemua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju untuk tindakan selanjutnya.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 372B dan 372 (1)(f) Kanun Keseksaan, 39b Peraturan Imigresen dan Seksyen 6 (1)(c) dan 15(1) Akta Imigresen,” katanya.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Kerajaan PH akan terus laksana polisi beri manfaat pada rakyat

 
     

Seramai 70 peserta sertai Raleigh Borneo Expedition 2019

 
     

Rosmah pohon jaminan kos RM500,000 daripada syarikat barang kemas Lubnan

 
     

Separuh penjawat awam terlibat rasuah adalah golongan muda

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel