Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Turun 900 risalah Ah Long di Kuantan dalam dua jam


Tarikh kemaskini: 17/07/2019





KUANTAN, 17 Julai (Bernama) -- Lebih 900 keping kain rentang dan iklan syarikat pinjaman wang haram atau ah long diturunkan dalam tempoh dua jam operasi di sini, hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata dua lokasi operasi yang bermula 9 pagi itu ialah kawasan perumahan dan lokasi tumpuan orang awam di Indera Mahkota serta bandar. 

Katanya, operasi melibatkan 22 anggota daripada JSJK Pahang dan Majlis Perbandaran Kuantan.

"Kita juga akan menyerahkan nombor telefon yang tertera pada iklan itu kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) untuk sekatan bagi mengelakkan orang awam terpedaya. 

"Semakan juga akan dilakukan untuk melihat jika ada syarikat pemberi pinjaman berlesen melakukan kesalahan penggunaan lesen atau cara mereka mengiklankan perniagaan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mohd Wazir juga memaklumkan polis menahan 10 individu dari tahun 2018 hingga bulan lepas, kerana memasang kain rentang atau risalah iklan ah long dengan kebanyakan mereka melakukan kesalahan itu pada waktu pagi. 

Katanya, kebanyakan individu yang terjebak dengan pinjaman ah long ialah golongan wanita yang berniaga kecil-kecilan dengan majoritinya mendakwa hanya mahu meminjam dalam jumlah yang kecil. 

"Ada yang mahu meminjam RM5,000 sahaja untuk dijadikan modal berniaga, namun akhirnya terperangkap dengan faedah pinjaman yang tidak habis walaupun sudah membayar lebih daripada jumlah pinjaman," katanya. 

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Penetapan wawasan baharu ISOM untuk APEC terima respons positif

 
     

Kilang proses minyak kapal terpakai diarah tutup

 
     

Banjir kilat landa beberapa kawasan di Kuching

 
     

Empat ADUN pembangkang gesa Perlis terima pegawai SPRM

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel