Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Rompak guna parang: Tukang cuci dipenjara lapan tahun dan sebatan


Tarikh kemaskini: 17/07/2019





KOTA BHARU, 17 Julai (Bernama) -- Seorang tukang cuci dihukum penjara lapan tahun dan empat sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini kerana merompak seorang wanita pada Februari lepas.

Hakim Ahmad Bazli Bahruddin menjatuhi hukuman itu selepas Muhammad Syazwan Ali, 26, mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut.

Muhammad Syazwan didakwa merompak dengan menggunakan parang terhadap Noorbaizura Othman, 29, dengan mengambil dua gelang emas, sebentuk cincin emas dan dua rantai leher emas bernilai RM5,000 dalam kejadian di hadapan sebuah rumah di Jalan Kedai Lalat, Kampung Chepa, Sering di sini pada 1.35 tengah hari 10 Feb lepas.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman itu berkuat kuasa dari tarikh dia ditahan pada 1 Julai lepas.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya  Abu Arsalnaa Zainal Abidin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Malaysia perlu rebut peluang bangun pelancongan mesra Muslim

 
     

Air terawat di Pulau Pinang antara paling bersih dan selamat di Malaysia

 
     

Sokongan keluarga, majikan cetus kejayaan penerima Anugerah Canselor

 
     

P. Pinang catat 384 kes rogol dari tahun 2014 hingga 2018

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel