Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

ECER-PKSM bantu pelajar B40 hadapi peperiksaan


Tarikh kemaskini: 17/07/2019




TANAH MERAH, 17 Julai (Bernama) -- Program Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) - Pertubuhan Kemajuan Sosial Malaysia (PKSM) mahu lebih banyak Program Motivasi Mencari Sakinah dan Mawaddah bagi membantu pelajar dari keluarga berpendapatan rendah (B40) dijalankan di sekolah-sekolah di negeri ini.

Pengarah program, Surain Kanda berkata ia bagi membantu pelajar terbabit lebih fokus kepada pelajaran terutama menjelang peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hujung tahun ini.

"Program hari ini adalah yang pertama dijalankan dan selepas ini kita merangka lebih aktiviti seumpamanya sebagai galakan kepada calon peperiksaan lebih bermotivasi dan fokus pada pelajaran.

"Sepanjang program, kita menekankan agar ibu bapa untuk lebih prihatin terhadap emosi calon semasa di rumah manakala keadaan yang lebih harmoni diperlukan semasa pelajar berada di sekolah," katanya kepada Bernama selepas program anjuran Empower ECERDC dan PKSM Negeri Kelantan, di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato Mahmud Paduka Raja 2, Tanah Merah di sini, hari ini.

Turut hadiri Penolong Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Tanah Merah, Mohamad Adnan Mohamad Kasim dan Pegawai Empower ECER Tanah Merah, Wan Syazwani Wan Marzuki motivator bebas yang juga artis, Dr Fitris Haris.

Sementara itu, Mohamad Adnan dalam ucapan berkata program seumpama itu dijalankan di sekolah-sekolah bagi meningkatkan kesedaran dan meningkatkan semangat ingin belajar dalam kalangan calon peperiksaan.

"Mereka bakal menduduki peperiksaan tidak lama lagi dan dengan adanya motivasi ia menambahkan kesungguhan pelajar untuk mendapat keputusan cemerlang.

"Program sebegini mampu melonjak bidang pendidikan ke peringkat lebih tinggi lagi, malah usaha ECERDC Kelantan yang memilih enam sekolah di Tanah Merah juga disambut baik oleh PPD," katanya.

Peserta program, Iffat Syahmi Norazam, 17 berkata selaku Ketua Pelajar sekolah berkenaan, dia menggunakan peluang mengikuti motivasi dengan sebaik-baiknya.

"Saya bersyukur kerana untuk mengikuti kelas tambahan luar, keluarga saya tidak mampu bayar, tetapi dengan program percuma sebegini, ia sangat membantu, lagipun peserta rasa lebih tenang dalam menghadapi saat ini," katanya.

Nur Athirah Zulkifli,17 yang bakal menduduki SPM berkata perkongsian ilmu guru dari sekolah-sekolah lain memberi banyak maklumat mengenai soalan peperiksaan dan kaedah menjawab dengan teknik yang berkesan.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Perbicaraan kes rogol libatkan Exco Perak bersambung Februari depan

 
     

Lelaki meninggal dunia terkena renjatan elektrik ketika harung banjir

 
     

JPJ N. Sembilan kutip RM1.2 juta bidaan nombor pendaftaran NDN

 
     

FAMA sumbang RM49,084 kepada keluarga lapan wira negara terkorban semasa Op Daulat

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel