Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Buruh ditemukan mati dalam pacuan empat roda


Tarikh kemaskini: 17/07/2019





BANDAR PERMAISURI, 17 Julai  (Bernama) -- Mayat seorang buruh ditemukan di dalam sebuah kenderaan pacuan empat roda miliknya di hadapan tandas pekerja sebuah kilang kayu di Sungai Lerek, pada kira-kira 7.15 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Setiu DSP Zulkifli Mat Deris berkata mayat Ruslan Mohammad, 50,  ditemukan abangnya, Afandi @ Affendi, 57, yang merupakan pemilik kilang kayu itu dalam keadaan hanya memakai tuala di tempat duduk pemandu hadapan.

Mangsa yang berasal daripada Kampung Terbak, Besut dipercayai baru keluar tandas dan masuk terus ke dalam kenderaan terbabit, katanya. 

Hasil siasatan, pihak forensik menemui  beberapa tompok darah iaitu berdekatan bilik mandi dan tandas, di atas tanah berdekatan pintu kenderaan beliau dan tompokan darah bercampur najis di semak dalam jarak 300 meter dengan mangsa.

“Namun pihak polis tidak menemui sebarang kesan kecederaan pukulan dan tikaman pada badan mangsa,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Tambah beliau, mangsa mengalami penyakit buasir yang teruk sejak 17 tahun lalu dan tidak menerima sebarang rawatan.

Zulkifli berkata siasatan awal pihak polis menolak elemen jenayah dalam kes terbabit dan mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Setiu untuk bedah siasat.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

PH tidak tolak hasil kajian berbentuk ilmiah dan membina - Muhyiddin

 
     

Iikan lumba-lumba terdampar diselamatkan pelajar UMT

 
     

JIM tumpas penipuan dalam talian warga China di Ipoh

 
     

Henti polemik isu hak milik tanah kampung baharu - MB Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel