Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kerajaan N.Sembilan ambil tindakan penambahbaikan pengurusan kewangan


Tarikh kemaskini: 17/07/2019





SEREMBAN, 17 Julai (Bernama) -- Kerajaan Negeri Sembilan mengambil perhatian serius terhadap segala isu yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2018 Siri 1, kata Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun.

Beliau berkata tindakan penambahbaikan akan dilakukan bagi memastikan pengurusan kewangan kerajaan negeri berada di tahap cemerlang.

"Sehubungan itu, Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri telah mengambil langkah proaktif penambahbaikan, bagi memastikan kemahiran serta kompetensi pegawai dapat dipertingkatkan dalam pengurusan kewangan. Antaranya, Persidangan Pegawai Pengawal, Kit Pegawai Pengawal, Bengkel Pengurusan Korporat GLC, Pelan Integriti Kewangan, Retreat Bajet 2019 dan Hala Tuju Bajet 2020 yang melibatkan seluruh anggota Mesyuarat Kerajaan Negeri dan ketua jabatan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini, hari ini.

Laporan Audit Negara 2018 Siri 1 dikeluarkan pada Isnin lepas.

Laporan itu bagi Negeri Sembilan terbahagi kepada dua bahagian iaitu Bahagian 1 : Aktiviti jabatan melibatkan Jabatan Pengairan dan Saliran berhubung kepada Pengurusan Penyenggaraan Saliran Mesra Alam dan Bahagian 2 : Pengurusan Kewangan Pengurusan Kewangan Jabatan/Agensi Negeri berhubung kepada Pengauditan Pengurusan Kewangan (Indeks Akauntabiliti) dan Pengauditan Mengejut.

Sebanyak 11 jabatan/agensi negeri telah dibuat Pengauditan Pengurusan Kewangan oleh Jabatan Audit Negara.

Sebanyak lima jabatan mencapai tahap cemerlang iaitu Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Jabatan Kehakiman Syariah, Majlis Perbandaran Nilai, Majlis Perbandaran Port Dickson dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar, manakala enam jabatan mencapai tahap baik dan melepasi syarat ialah Pejabat Daerah dan Tanah Rembau, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Majlis Daerah Jelebu, PLAN Malaysia@Negeri Sembilan, Majlis Daerah Rembau dan Jabatan Pertanian.

Bagaimanapun, tiada ketidakpatuhan yang serius terhadap isu-isu yang dibangkitkan.

-- BERNAMA

    


 

   

 
 
     
   
 

Jumlah pendaki Gunung Kinabalu meningkat tujuh peratus

 
     

Malaysia harus berkembang pacu usaha ke arah kelestarian masa depan - Sultan Nazrin

 
     

Polis tahan lelaki dakwa Nora Anne dirogol Orang Asli

 
     

Terima keputusan Kabinet lanjut lesen Lynas

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel