Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

FAMA Terengganu bakal adakan program 'Durian Day'


Tarikh kemaskini: 17/07/2019




 

JERTIH, 17 Julai (Bernama) -- Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Terengganu bakal mengadakan program 'Durian Day' 7 Ogos ini.

Pengarahnya, Fauzi Mohamad berkata antara durian yang akan menjadi rebutan ialah durian kampung yang sememangnya mempunyai keistimewaan tersendiri.

Katanya durian yang sering mendapat permintaan yang tinggi adalah durian kunyit dari Seberang Jertih dan Keruak, Besut.

“Durian-durian daripada Besut ini adalah antara yang akan dibawa ke program yang akan diadakan di pekarangan pejabat FAMA Terengganu.

 “Kita sasarkan sebanyak 30 hingga 40 tan metrik durian kampung, durian klon termasuk dari Terengganu, Pahang, Kedah, Perak dan Johor akan dijual pada program itu dengan harga yang paling murah iaitu lima hingga 20 peratus lebih rendah berbanding harga pasaran,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat kebun durian milik usahawan Ladang Kontrak FAMA pada program Road to Durian Day, di Seberang Jertih, di sini, hari ini.

Menurut Fauzi, sekiranya jumlah durian yang dibawa ke program tersebut melebihi permintaan pelanggan ia akan dijual dengan harga RM20 satu plastik.

Katanya lagi, pada tahun ini berkemungkinan tidak berlaku lambakan buah durian dan harga tidak akan jatuh di bawah RM3 sebaliknya sekitar RM4 hingga RM5 ke atas sahaja.

Sementara itu, usahawan Ladang Kontrak, Kamaruddin Che Omar,61, berkata permintaan terhadap 'raja buah' kini sangat memberangsangkan apabila tiba musimnya hingga mampu mencecah empat tan.

Katanya pada musim buah tahun lepas beliau mampu meraih pendapatan lebih RM50,000 setelah terlibat dengan FAMA selain memasarkannya sehingga ke Kuala Lumpur.

"Pendapatan saya meningkat berkali ganda selepas memasarkan sendiri secara terus kepada pembeli setelah 10 tahun bekerjasama dengan FAMA, sebelum ini saya jual secara borong melalui orang tengah,” katanya.

Beliau yang telah terlibat dengan pertanian sejak 30 tahun lalu kini mempunyai lapan ekar kebun milik sendiri serta kebun yang dipajak daripada orang kampung.

-- BERNAMA

 

 

 

 

 

Ketebalan isi, dan keenakan durian kampung Terengganu mampu menyaingi durian kampung daripada Raub, Pahang, dan Segamat, Johor.

Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Terengganu, Fauzi Mohamad berkata permintaan durian kampung Terengganu sentiasa mendapat permintaan yang tinggi daripada orang ramai.

Katanya antara durian yang sering mendapat permintaan yang tinggi adalah durian kunyit dari Seberang Jertih dan Keruak, Besut.

“Durian-durian daripada Besut ini adalah antara yang akan dibawa ke Program Durian Day pada 7 Ogos depan yang diadakan di pekarangan pejabat FAMA Terengganu.

 “Kita sasarkan sebanyak 30 hingga 40 metrik tan durian kampung, durian klon termasuk dari Terengganu, Pahang, Kedah, Perak dan Johor akan dijual pada program itu dengan harga yang paling murah iaitu lima hingga 20 peratus lebih rendah berbanding harga pasaran,” katanya.

 

-- LAGI

 

FAMA-DURIAN 2 (AKHIR) JERTIH

 

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat kebun durian milik usahawan Ladang Kontrak FAMA pada program Road to Durian Day, dari ladang ke pasaran di Seberang Jertih, di sini, hari ini.

Menurut Fauzi sekiranya jumlah durian yang dibawa ke program tersebut melebihi permintaan pelanggan durian tersebut akan dijual dengan harga RM20 satu plastik.

Katanya lagi, pada tahun ini dijangkakan tidak berlaku lambakan buah durian dan harga tidak akan jatuh di bawah RM3 sebaliknya sekitar RM4 hingga RM5 ke atas sahaja.

Sementara itu, usahawan Ladang Kontrak, Kamaruddin Che Omar,61, berkata permintaan terhadap raja buah ini sangat memberangsangkan apabila tiba musimnya sehingga mencecah empat tan sehari.

Katanya pada musim buah tahun lepas beliau mampu meraih pendapatan lebih RM50,000 setelah terlibat dengan FAMA selain turut memasarkan buah jualannya di Terengganu sehingga Kuala Lumpur.

"Pendapatan saya meningkat berkali ganda selepas memasarkan sendiri secara terus kepada pembeli setelah 10 tahun bekerjasama dengan FAMA, sebelum ini saya jual secara borong melalui orang tengah,” katanya.

Beliau yang telah terlibat dengan pertanian sejak 30 tahun lalu kini mempunyai lapan ekar kebun milik sendiri serta kebun yang dipajak daripada orang kampung.

 

--BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Malaysia perlu rebut peluang bangun pelancongan mesra Muslim

 
     

Air terawat di Pulau Pinang antara paling bersih dan selamat di Malaysia

 
     

Sokongan keluarga, majikan cetus kejayaan penerima Anugerah Canselor

 
     

P. Pinang catat 384 kes rogol dari tahun 2014 hingga 2018

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel