Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Rokok seludup bernilai hampir setengah juta ringgit dirampas, lima lelaki ditahan


Tarikh kemaskini: 17/07/2019





KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Polis merampas 2,710 karton rokok seludup dianggar  bernilai RM400,000 dan menahan lima lelaki dalam operasi di Klang, Selangor dekat sini, semalam. 

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDN/KA) Bukit Aman Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata lelaki tempatan berusia 29 hingga 57 tahun itu ditahan oleh anggota Bahagian Risikan dan Siasatan Khas, jabatan itu.  

“Dalam Op Asap itu, polis merampas wang tunai berjumlah RM49,040 serta dua buah kenderaan jenis Toyota Hilux dan sebuah kereta Proton Waja.

“Selain itu, polis turut merampas 87 keping pelekat duti kastam dipercayai palsu,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Beliau berkata kumpulan itu dipercayai aktif di sekitar Lembah Klang dengan dua daripada mereka mempunyai rekod jenayah.

Kesemua mereka direman tujuh hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Yuran Kelab Berkuda, Rekreasi Rakyat Parlimen Shah Alam hanya RM50

 
     

Lexis Hibiscus Port Dickson dinamakan tempat perkahwinan terkemuka di dunia

 
     

Ibu berpantang harungi banjir bersama bayi berusia 15 hari

 
     

JAS Negeri Sembilan sita kilang disyaki lepaskan enap cemar minyak hitam terpakai

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel