Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kemas sedia RM1.7 juta laksana program latihan dan kemahiran


Tarikh kemaskini: 17/07/2019





KUALA NERUS, 17 Julai (Bernama) -- Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Terengganu memperuntukkan RM1.7 juta bagi melaksanakan program latihan serta kursus kemahiran untuk masyarakat di negeri ini kata Pengarahnya Dr Faridah Mat.

Katanya, Terengganu antara negeri yang menerima jumlah peruntukan tertinggi dan lebih besar berbanding RM1.2 juta tahun lalu, bagi melaksanakan progam termasuk kursus Sijil Kemahiran Malaysia, keusahawanan rintis, kemahiran jangka pendek, dan lain-lain yang akan memanfaatkan hampir 9,000 peserta.

"Secara amnya kesemua kursus atau latihan yang dianjurkan, bertujuan memberi pengetahuan serta kemahiran kepada peserta agar mereka dapat meningkatkan taraf hidup melalui peningkatan pendidikan dan menjana pendapatan.

"Sebagai contoh kursus latihan ‘quick win’ yang diperkenalkan tahun lalu, terbukti menaikkan jumlah pendapatan bulanan golongan wanita kumpulan B40 daripada RM350 sebulan kepada RM1,000 hingga RM1,500 sebulan," katanya kepada Bernama selepas Majlis Penyerahan Kit Peralatan dan Bantuan Mesin 30 Peserta Kursus Quick Win di Pejabat Kemas hari ini.

Sementara itu, seorang penerima Anisah Sulong, 45, yang berniaga kuih secara kecil-kecilan di rumahnya berkata beliau amat bersyukur kerana terpilih menerima ketuhar bersaiz besar membolehkan pengeluaran kuih bakarnya meningkat berbanding menggunakan cara tradisional.

"Sebelum ini memang teringin sangat memiliki ketuhar besar dan moden tetapi tidak kesampaian kerana wang banyak dibelanjakan untuk empat anak yang masih bersekolah.

Sebenarnya tempahan diterima sangat banyak, tetapi ada yang terpaksa ditolak kerana tidak cukup masa dan kakitangan," katanya yang menjadi satu-satunya sumber rezeki selepas suaminya, Che Ayob Idris, 46, diserang angin ahmar tiga tahun lalu.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Malaysia perlu rebut peluang bangun pelancongan mesra Muslim

 
     

Air terawat di Pulau Pinang antara paling bersih dan selamat di Malaysia

 
     

Sokongan keluarga, majikan cetus kejayaan penerima Anugerah Canselor

 
     

P. Pinang catat 384 kes rogol dari tahun 2014 hingga 2018

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel