Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Lelaki maut jatuh terhempas atas sebuah kereta


Tarikh kemaskini: 17/07/2019





KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Seorang lelaki maut selepas terjatuh dari tingkat 14 Pangsapuri Medan Cahaya Petaling Jaya hari ini. 

Dalam kejadian kira-kira 1.50 tengah hari, lelaki berusia 32 tahun itu ditemui terperosok dalam sebuah kereta Nissan Grand Lavina yang diletakkan di kawasan parkir bangunan itu. 

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohd Zani Che Din berkata lelaki itu mati di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya. 

“Setakat ini kes diklasifikasi sebagai mati mengejut,” katanya ketika dihubungi.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Pindaan kaedah ujian memandu untuk laksanakan e-testing - Loke

 
     

Kejayaan sesuatu penyampaian diukur kepuasan pelanggan - Aminuddin

 
     

Pasukan bola sepak Sabah, peserta Unduk Ngadau sertai perarakan Hari Kebangsaan

 
     

Berdepan pertuduhan rogol: Exco Perak dinasihat cuti daripada tugas rasmi

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel