Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

AXA Affin Life Insurance buka cawangan baharu di Seremban 2


Tarikh kemaskini: 18/07/2019





Oleh Muhammad Najieb Ahmad Fuad

SEREMBAN, 18 Julai (Bernama) -- AXA Affin Life Insurance Bhd (AXA Affin Life) membuka pejabat cawangan baharunya di Seremban 2, di sini, yang merupakan cawangan kesepuluh syarikat itu di negara ini.

Ketua Pegawai  Eksekutifnya Rohit Nambiar berkata cawangan terbaharu itu menyasar meningkatkan kekerapan hubungan pelanggan dengan menawarkan penyelesaian di cawangan dan menyediakan pelbagai produk perubatan, kesihatan, simpanan dan perlindungan hayat. 

“Kami teruja dapat mengembangkan operasi kami ke komuniti Seremban yang dinamik ini.  Sebagai syarikat insurans yang menumpukan kepada pelanggan, kami percaya tujuan kami memperkasakan rakyat untuk menjalani kehidupan yang lebih baik akan memenuhi nilai teras dan keperluan insurans penduduk di sini,” katanya kepada Bernama pada majlis pembukaan rasmi cawangan itu, hari ini. 

Rohit berkata sebagai penginsurans hayat, “tumpuan utama kami adalah kepada kadar penembusan insurans.” 

“Bank Negara Malaysia menyasar mencapai kadar penembusan 75 peratus menjelang 2020. Setakat hari ini, kita hanya mencecah kurang daripada 55 peratus, yang jelas menunjukkan pasaran kurang mendapat perlindungan insurans,” katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Pindaan kaedah ujian memandu untuk laksanakan e-testing - Loke

 
     

Kejayaan sesuatu penyampaian diukur kepuasan pelanggan - Aminuddin

 
     

Pasukan bola sepak Sabah, peserta Unduk Ngadau sertai perarakan Hari Kebangsaan

 
     

Berdepan pertuduhan rogol: Exco Perak dinasihat cuti daripada tugas rasmi

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel