Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Lelaki IMM13 didenda RM10,000 niaga tanpa lesen minyak petrol


Tarikh kemaskini: 18/07/2019





TAWAU, 18 Julai (Bernama) -- Seorang lelaki pemegang dokumen IMM13 (kad pelarian) diarah membayar denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen Tawau di sini, hari ini atas kesalahan memiliki 450 liter minyak petrol dan berurus niaga tanpa lesen, dua hari lepas (16 Julai).

Hukuman itu dijatuhkan Hakim Awang Kerisnada Awang Mahmud terhadap tertuduh, Sabtulah Malali, 68, selepas tertuduh membuat pengakuan bersalah sebaik pertuduhan dibacakan.

Hakim turut memerintah Sabtulah dipenjara enam bulan jika gagal membayar denda dan selepas itu dirujuk ke Jabatan Imigresen untuk perintah pengusiran.

Mengikut pertuduhan, Sabtulah didapati memiliki barang kawalan berjadual iaitu 450 liter minyak petrol dengan dalam keadaan menimbulkan syak munasabah untuk melanggar Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 iaitu berurus niaga barang kawalan tanpa suatu lesen yang sah.

Kesalahan itu dilakukan Sabtulah dalam perahu tidak berdaftar di kawasan laut Pulau Gaya, dalam daerah Semporna pada 6 pagi 16 Julai lepas.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 dan dibaca bersama Peraturan 3(1) Peraturan Peraturan Kawalan Bekalan 1974.

Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Nurun Nazifah Muhammad Iyen Atim yang memohon kepada mahkamah agar mengenakan hukuman setimpal kepada tertuduh.

Sebelum ini, media melaporkan Pasukan Polis Marin merampas 18 jerikin berisi 450 liter minyak petrol yang cuba diseludup ke Filipina menggunakan bot melalui perairan Pulau Bodgaya (Gaya), Semporna dan seorang lelaki berumur 60-an ditahan.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

FAMA rancang bangunkan tanah wakaf dengan tanaman durian

 
     

Kajian kebolehlaksanaan projek terowong dasar laut belum siap sepenuhnya - Chow

 
     

Geran usahawan hanya untuk yang benar-benar layak - Mohd Redzuan

 
     

Yong bercuti, beri tumpuan kepada perbicaraan kes rogol

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel