Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pertambahan kerusi DUN Sabah akan lebih membantu ramai rakyat


Tarikh kemaskini: 18/07/2019




KOTA KINABALU, 18 Julai (Bernama) -- Keputusan Dewan Rakyat yang meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) bagi menambah 13 lagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah akan mewujudkan lebih ramai pemimpin dari Sabah, kata ADUN Tanjung Papat, Datuk Frankie Poon Ming Fung.

Beliau berkata, keputusan ini juga akan dapat memberi khidmat dan mendekati lebih ramai orang  memandangkan penduduk Sabah telah meningkat dan memerlukan lebih ramai wakil bagi mengetengahkan keperluan mereka untuk perhatian kerajaan.

“Ini suatu yang baik untuk semua dan ada kerusi yang mempunyai lebih daripada 25,000 hingga 30,000 pengundi, yang sepatutnya dibahagikan,” katanya di sini, hari ini.

Poon berkata, tambahan kerusi itu mencerminkan keikhlasan dan komitmen kerajaan untuk membantu orang ramai di negeri yang kedua terbesar di Malaysia.

Semalam, Dewan Rakyat meluluskan RUU bagi menambah jumlah kerusi DUN di Sabah, yang mendapat sokongan semua 158 ahli Parlimen yang hadir di Dewan termasuk penggubal undang-undang dari Sabah.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

FAMA rancang bangunkan tanah wakaf dengan tanaman durian

 
     

Kajian kebolehlaksanaan projek terowong dasar laut belum siap sepenuhnya - Chow

 
     

Geran usahawan hanya untuk yang benar-benar layak - Mohd Redzuan

 
     

Yong bercuti, beri tumpuan kepada perbicaraan kes rogol

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel