Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Koperal polis didakwa sebabkan buruh cedera parah


Tarikh kemaskini: 18/07/2019





KUALA LUMPUR, 18 Julai (Bernama) -- Seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menyebabkan cedera parah dengan niat mendatangkan kematian seorang buruh, dua tahun lepas. 

Baxter Kisar, 29, mengangguk faham sebelum memohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mahyon Talib.

Mengikut pertuduhan, Baxter didakwa melakukan perbuatan itu terhadap A.Krishnan, 35, di hadapan sebuah kedai makan di Jalan Rampai Niaga, Sri Rampai, Wangsa Maju  di sini, antara 5 pagi dan 5.45 pagi, pada 18 Julai 2017.

Dia didakwa mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda, sekiranya perbuatan tersebut menyebabkan kecederaan maka boleh dikenakan penjara sehingga 20 tahun, jika sabit kesalahan. 

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Nurliyana Mohd Jafri tidak menawarkan jaminan kepada tertuduh kerana kesalahan itu serius. 

Baxter yang diwakili peguam Shah Rizal Abdul Manan memohon  jaminan minimum dengan alasan anak guamnya  penanggung utama keluarga.

Mahkamah membenarkan tertuduh yang berasal dari Sabah itu diikat jamin sebanyak RM12,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan melaporkan diri di balai polis setiap bulan selain dilarang mengganggu saksi.

Mahkamah menetapkan 5 Ogos untuk sebutan semula kes.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Kerajaan PH akan terus laksana polisi beri manfaat pada rakyat

 
     

Seramai 70 peserta sertai Raleigh Borneo Expedition 2019

 
     

Rosmah pohon jaminan kos RM500,000 daripada syarikat barang kemas Lubnan

 
     

Separuh penjawat awam terlibat rasuah adalah golongan muda

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel