Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Tugas, tangungjawab setiausaha politik perlu jelas - Dr Mahathir


Tarikh kemaskini: 18/07/2019





PUTRAJAYA, 18 Julai (Bernama) -- Tugas dan tanggungjawab setiausaha politik seseorang menteri dalam melaksanakan tugas mereka perlu jelas, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bercakap dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti-Rasuah (JKKMAR) di sini hari ini, Dr Mahathir berkata mesyuarat itu bersetuju secara prinsip, jawatankuasa Kabinet membincangkan tugas dan tanggungjawab setiausaha politik supaya jelas.

Beliau berkata adalah perlu tanggungjawab setiausaha politik sebagai perantaraan antara menteri dengan rakyat dalam kawasan, dikembalikan.

"Pada mulanya, setiausaha politik dicadangkan supaya menolong menteri untuk menghubungi rakyat dalam kawasan-kawasannya dan daripada kawasan lain.

"Tetapi kita dapati dalam kes yang berlaku pada kerajaan yang lepas, setiausaha politik terlibat dengan agihan kontrak dan ini bukan tugas setiausaha politik," katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Yuran Kelab Berkuda, Rekreasi Rakyat Parlimen Shah Alam hanya RM50

 
     

Lexis Hibiscus Port Dickson dinamakan tempat perkahwinan terkemuka di dunia

 
     

Ibu berpantang harungi banjir bersama bayi berusia 15 hari

 
     

JAS Negeri Sembilan sita kilang disyaki lepaskan enap cemar minyak hitam terpakai

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel