Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

TKC diiktiraf sebagai Apple Distinguieshed School buat kali kedua


Tarikh kemaskini: 18/07/2019





NILAI, 18 Julai (Bernama) -- Kolej Tunku Kurshiah (TKC), Bandar Baru Enstek di sini menerima pengiktirafan daripada pihak Apple buat kali kedua pada tahun ini bagi tempoh 2019-2021.

Kolej itu menerima pengiktirafan tersebut buat kali pertamanya pada tahun 2017 bagi tempoh 2017-2019.

Pengetua TKC Anismah M. Noh berkata TKC merupakan salah sebuah sekolah pertama yang menerima pengiktirafan daripada pihak Apple diikuti dengan Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya bagi kategori sekolah berasrama penuh.

"Kejayaan TKC diiktiraf sebagai salah sebuah sekolah Apple Distinguished School (ADS) kerana telah melepasi syarat utama iaitu 100 peratus penggunaan ipad dalam proses pengajaran dan pemudahcaraan.

"Selain, itu, TKC juga telah berjaya menghasilkan sebuah IBook bagi melepasi piawaian untuk menjadi sebuah sekolah ADS. Tambahan pula, warga TKC juga aktif dalam menghasilkan bahan untuk Itunes U," katanya kepada Bernama selepas majlis penganugerahan ADS oleh Penasihat Sekolah Kecemerlangan Global, Kementerian Pendidikan, Tan Sri Abdul Ghaffar Mahmud di TKC di sini, hari ini.

Turut hadir ialah Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh, Kementerian Pendidkan, Aidie Jantan.

Sementara itu, ketika berucap pada majlis perasmian penutup Persidangan Pertubuhan Bangsa Bersatu Model Tunku Kurshiah 2019 (TKMUN 2019), Abdul Ghaffar berkata inisiatif sekolah kecemerlangan global merupakan usaha inovatif untuk menterjemahkan dasar-dasar kerajaan dan agenda transformasi sekarang terutamanya aspirasi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.

Katanya sekolah kecemerlangan global adalah program pembelajaran sistematik yang tertanam dalam sistem sekolah berasrama penuh yang sedia ada untuk menghasilkan graduan berbakat global yang luar biasa yang bertanggungjawab sebagai pusat kecemerlangan.

"Bakat global yang luar biasa sekolah kecemerlangan global, mempunyai profil daya saing global, ciri-ciri global dan piawaian global. Sebagai  pesaing global, sekolah kecemerlangan global akan mengambil bahagian dalam pertandingan di peringkat antarabangsa yang meliputi akademik, sukan dan ko-kurikulum," katanya.

Persidangan yang berlangsung selama empat hari bermula Isnin lepas melibatkan 171 pelajar daripada 17 sekolah termasuk sekolah kecemerlangan global, sekolah berasrama penuh, sekolah harian dan sekolah antarabangsa.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Kerajaan PH akan terus laksana polisi beri manfaat pada rakyat

 
     

Seramai 70 peserta sertai Raleigh Borneo Expedition 2019

 
     

Rosmah pohon jaminan kos RM500,000 daripada syarikat barang kemas Lubnan

 
     

Separuh penjawat awam terlibat rasuah adalah golongan muda

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel