MD3WqqeVKgo 13 pelajar SK Linggi dikejarkan ke hospital disyaki keracunan racun serangga
Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

13 pelajar SK Linggi dikejarkan ke hospital disyaki keracunan racun serangga


Tarikh kemaskini: 18/07/2019




SEREMBAN, 18 Julai (Bernama) -- Seramai 13 pelajar Sekolah Kebangsaan Linggi, di Port Dickson yang disyaki keracunan racun serangga dikejarkan ke hospital selepas mengalami muntah-muntah petang ini.

 Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata dianggarkan seramai 40 pelajar terlibat namun hanya 13 mangsa dibawa ke Hospital Port Dickson untuk rawatan.

Seramai tujuh pegawai dan anggota bomba bersama sebuah jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Telok Kemang dan enam pegawai dan anggota bomba bersama sebuah jentera Hazmat dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2 ke lokasi kejadian. 

“Bomba terima panggilan pada 2.13 petang dan tiba di lokasi lima minit kemudian. Kita terima panggilan daripada pihak hospital untuk bantuan membersihkan dan menyahkan racun daripada anggota badan mangsa.

“Sebelum kejadian, dilaporkan terdapat kerja-kerja meracun di kawasan berhampiran sekolah dan tidak lama kemudian pelajar mula menunjukkan simptom keracunan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.  

Beliau berkata pelajar yang dibawa ke hospital difahamkan menerima rawatan sebagai pesakit luar.

-- BERNAMA            


 

   

 
 
     
   
 

Usaha memanjangkan LTSAS akan bermula tahun hadapan

 
     

Raja Permaisuri Agong berkenan rasmi Festival Busana Tradisional Kreatif KL 2019

 
     

Kematian pesakit Zika di Perak mungkin akibat virus tempatan

 
     

PM: Kerajaan akan kaji sistem rel dan contohi kecekapan Stesen Tokyo

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel