Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Orang Asli suku Batek akan guna air bersih telaga tiub


Tarikh kemaskini: 18/07/2019





GUA MUSANG, 18 Julai (Bernama) -- Seramai 185 penduduk yang membabit 58 keluarga Orang Asli suku Batek di Kampung Kuala Koh bakal menerima kemudahan air bersih menerusi telaga tiub dalam masa terdekat. 

Timbalan Ketua Pengarah Sektor Pelaksanaan Operasi, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NAKMA), Zakaria Shaaban berkata, pembinaan telaga tiub itu kini di peringkat akhir termasuk ujian kualiti air sebelum boleh digunakan.

Katanya,  masalah air bersih untuk kaum berkenaan di kampung itu yang sebelum terpaksa menggunakan keperluan air tadahan bukit dan air dari sungai berhampiran selesai apabila telaga terbabit siap dan boleh digunakan. 

Beliau berkata, penyediaan air bersih melalui telaga tiub itu sememangnya dirancangkan kerajaan kerana mengambil perhatian serius terhadap masalah keperluan berkenaan air bersih bagi mengelakkan penggunaan  dari sumber air lain yang tidak bersih.

"Kita tidak menghalang mereka menggunakan air dari tadahan bukit atau sungai tetapi perlu dimasak terlebih dahulu sebelum diminum," katanya pada Program Gotong-royong Perdana di Kampung Kuala Koh, di sini, hari ini. 

Hadir sama Penasihat Kepada Timbalan Perdana Menteri, Dr Mohamad Salmi Mohd Sohod, Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Kelantan/Terengganu, Hashim Alang Abdul Hamid dan Ketua Polis Daerah, Supt Mohd Taufik Maidin. 

Sejak awal Mei lalu, 15 Orang Asli suku Batek, Kampung Kuala Koh meninggal dunia kerana wabak demam campak dan 112 orang lagi kaum itu yang turut dijangkiti menerima rawatan di Hospital Gua Musang (HGM) dan Hospital Kuala Krai (HKK). 

Zakaria berkata, pihaknya juga berpuas hati dengan penyertaan 25 agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) pada gotong-royong perdana membersih kampung Orang Asli itu.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Ops Catut PSP: KPDNHEP Sabah hantar notis pengesahan kepada 15 kilang

 
     

Dua buah PPS dibuka di Kuching setakat 8.00 malam

 
     

Jumlah mangsa banjir di PPS Beaufort bertambah kepada 427 orang

 
     

Penetapan wawasan baharu ISOM untuk APEC terima respons positif

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel