Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

ATM sasar nisbah 1:1 angkatan tetap dan simpanan - Mohamad


Tarikh kemaskini: 18/07/2019





KUALA LUMPUR, 18 Julai (Bernama) -- Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menyasarkan nisbah kekuatan 1:1 angkatan tetap dan Pasukan Simpanan Tentera Darat (PSTD) pada tahun 2023.

Menteri Pertahanan Mohamad Sabu berkata bagi mencapai sasaran berkenaan, ATM telah berusaha mempertingkatkan pengambilan anggota PSTD sejak 2016.

“Kekuatan semasa PSTD berjumlah 48,297 dan memerlukan tambahan 31,703 anggota untuk mencapai garis dasar 80,000 anggota.

“Kita optimis nisbah 1:1 angkatan tetap berbanding PSTD berjaya dicapai pada 2023,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Su Keong Siong (PH-Kampar) yang ingin tahu perancangan atau hala tuju Askar Wataniah serta adakah kerajaan berhasrat memperluaskan skop dan peranannya.

Mohamad berkata PSTD memainkan peranan penting dalam membantu angkatan tetap mempertahankan negara pada waktu darurat atau perang serta dalam operasi keselamatan dalam negeri.

-- BERNAMA

 

 


 

   

 
 
     
   
 

JAS Johor pergiat pemantauan di sungai tercemar, kritikal di Pasir Gudang

 
     

Libatkan nama bekas MB sebagai calon PH Tanjung Piai, cubaan gugat keharmonian PH

 
     

Kastam Kelantan rampas pil kuda bernilai RM2.7 juta

 
     

Penjawat awam Kedah dapat bayaran khas RM750

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel