GTFvfScuXTs Sudah tiba masanya untuk Anwar kukuhkan perpaduan parti - Zuraida
Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Sudah tiba masanya untuk Anwar kukuhkan perpaduan parti - Zuraida


Tarikh kemaskini: 18/07/2019





KUALA LUMPUR, 18 Julai (Bernama) -- Sudah tiba masanya untuk Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatukan dan memberi fokus bagi memperkukuhkan parti, kata naib presiden PKR Zuraida Kamaruddin.

Beliau yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata sekarang adalah masanya untuk anggota parti terus bersatu dan menolak politik kotor.

"Saya fikir sudah tiba masanya untuk PKR mula mengukuhkan parti, jadi, terserah kepada presiden parti untuk melakukan “pembersihan.” Kita harus menolak politik kotor dan mencari konspiratornya.

Inilah masa yang sesuai untuk Anwar melakukannya, hakikat bahawa kami telah membuat kenyataan itu dan beliau menerima kritikan tersebut, jadi saya berharap sesuatu yang baik akan lahir, "katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, di sini hari ini.

Zuraida dan 27 ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR termasuk Dr Xavier Jayakumar, Tian Chua dan Ali Biju hari ini mengeluarkan kenyataan bersama meminta Anwar berhenti mengeluarkan kenyataan terhadap timbalan presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

JAS Johor pergiat pemantauan di sungai tercemar, kritikal di Pasir Gudang

 
     

Libatkan nama bekas MB sebagai calon PH Tanjung Piai, cubaan gugat keharmonian PH

 
     

Kastam Kelantan rampas pil kuda bernilai RM2.7 juta

 
     

Penjawat awam Kedah dapat bayaran khas RM750

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel