Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Sek Men Sains Tengku Muhammad Faris Petra juara pertandingan Bicara Berirama 2019 anjuran UMT


Tarikh kemaskini: 18/07/2019





 

KUALA NERUS, 18 Julai (Bernama) -- Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra, Kota Bharu Kelantan muncul juara dalam pertandingan Bicara Berirama 2019 yang diadakan di Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

Menerusi pertandingan yang diadakan semalam itu, mereka membawa pulang Piala Naib Canselor UMT, wang tunai sebanyak RM1,500, plak dan sijil.

Naib juara pula berjaya dimenangi oleh Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya dan Sekolah Menengah Sains Muzaffar Shah pula berada di tempat ketiga.

Kejuaraan SM Sains Tengku Muhammad Faris Petra kali ini amat bermakna kepada mereka kerana pada tahun 2018,  pasukan ini hanya merangkul  naib juara.

SM Sains Tengku Muhammad Faris Petra yang diwakili sekumpulan 25 pelajar itu bersaing dengan sembilan buah sekolah yang merupakan johan diperingkat zon masing-masing seperti Sekolah Seri Puteri Cyberjaya, Sekolah Menengah Sains Muzaffar Shah, Sekolah Menengah Sains Miri, MRSM Kuantan, Pahang, MRSM Baling, Kedah, MRSM Pasir Salak, Perak, MRSM Gemencheh, Negeri Sembilan dan MRSM Kota Putra, Terengganu.

Bagi kategori konduktor terbaik pula, kemenangan berpihak kepada Arissa Hadirah Ahmad Zaimi daripada Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya dan beliau membawa pulang wang tunai berjumlah RM100, plak dan sijil.

Pada penganjuran kali ini, UMT mengetengahkan tema 'Oceans Priorities' bagi membangkitkan kesedaran kepentingan menjaga dan memulihara kelestarian laut dan biodiversiti sempena sambutan Hari Lautan Sedunia yang disambut pada 8 Jun setiap tahun.

Sementara itu, Naib Canselor UMT, Profesor Datuk Dr Nor Aieni Mokhtar dalam ucapannya berkata pertandingan ini bukan sahaja dapat memberi pendedahan berkaitan kepentingan melindungi biodiversiti marin, malah turut memperkasakan tahap penguasaan Bahasa Inggeris dikalangan pelajar sekolah.

“Secara tidak langsung, pertandingan ini juga memperkenalkan UMT sebagai universiti awam yang menawarkan bidang sains kelautan dan mempunyai pelbagai kebakaran dalam bidang sains marin.

“Sebanyak 69 Sekolah Berasrama Penuh dan MRSM  bertanding di peringkat semifinal sebelum ke peringkat akhir yang dianjurkan di UMT sekaligus kempen kesedaran berkenaan pemuliharaan kelautan telah disebarkan kepada 40,000 pelajar SBP dan 33,000 pelajar MRSM seluruh Malaysia," katanya. 

-- BERNAMA 

   

 
 
     
   
 

PH tidak tolak hasil kajian berbentuk ilmiah dan membina - Muhyiddin

 
     

Iikan lumba-lumba terdampar diselamatkan pelajar UMT

 
     

JIM tumpas penipuan dalam talian warga China di Ipoh

 
     

Henti polemik isu hak milik tanah kampung baharu - MB Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel