Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Ahli  parlimen Mas Gading mahu pendidikan politik bermula di sekolah


Tarikh kemaskini: 18/07/2019





 

KUCHING, 18 Julai (Bernama) -- Ahli Parlimen Mas Gading, Mordi Bimol mahu pendidikan mengenai politik dimulakan pada peringkat sekolah lagi.

Ini kerana berdasarkan pengalamannya menceburi politik sejak lapan tahun lepas mendapati masih ramai penduduk di luar bandar yang diwakilinya itu termasuk pengundi dewasa kurang pengetahuan mengenai  pengundian dan pilihan raya.

"Itu yang saya suarakan di Parlimen dalam sesi bahas mengenai undi pada umur 18 tahun, kerisauan saya adalah kawasan luar bandar (Sarawak) di mana kesedaran (penduduknya) mengenai politik terlalu rendah dan ini berdasarkan pengalaman saya sendiri di Parlimen Mas Gading.

"Saya rasa mereka (golongan muda 18 tahun ke atas di luar bandar)  mungkin belum bersedia (menjadi pengundi pada pilihan raya negeri)," katanya selepas menghadiri Program Pidato Kenegaraan 2019 Peringkat Negeri Sarawak di Dewan Jubli Perak, Politeknik Kuching, Jalan Matang di sini, hari ini.

Pilihan raya negeri Sarawak perlu diadakan selewatnya pada 2021.

Sementara itu, pertandingan pidato terbabit menyaksikan Canigia Udin Ben dari Kapit menjadi juara dan menerima hadiah RM1,500 manakala tempat kedua Zulfadli Emran dari Lawas menerima hadiah RM1,000 serta ketiga Arif Adam Patahul Ariffin dari Meradong dengan hadiah RM500.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Kedah nafi keluarkan watikah kurniaan Ahli Kehormat DiRaja

 
     

Jumlah mangsa banjir di PPS Beaufort 448 orang

 
     

PGA9 rampas rokok putih bernilai RM750,000

 
     

Sambutan filem 'Garang - Aku Luar Biasa' mengenai atlet paralimpik kurang memberangsangkan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel