Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

140 ekor kucing baka terbaik dunia dipamer di Stadium Gong Badak, Sabtu dan Ahad


Tarikh kemaskini: 18/07/2019




KUALA NERUS, 18 Julai (Bernama) -- Seramai 90 peserta bersama 140 ekor kucing dari seluruh dunia bakal menyertai Terengganu CFA International Cat Show 2019 yang akan berlangsung di Stadium Tertutup Gong Badak di Kuala Nerus, pada Sabtu dan Ahad ini. 

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat Negeri, Ariffin Deraman berkata lebih 30 baka kucing dari pelbagai negara termasuk Malaysia, Thailand, Indonesia, dan Turki akan dipamerkan dan dipertandingkan pada pertandingan itu dengan diadili oleh 10 juri profesional dari Hong Kong, Jepun, Australia dan Amerika Syarikat. 

“Kolaborasi antara kerajaan negeri melalui Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu dan Asian Abyssinian Cat Club itu juga akan membawakan kucing-kucing pedigree dan penternak kucing terbaik di rantau ini,” katanya pada sidang media, di sini hari ini. 

Tambahnya Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin, Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah dan Yang Dipertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail yang dijadual berangkat hadir pada hari pertama pertandingan itu dan bakal menambahkan lagi keistimewaan acara tersebut. 

"Malah, idea penganjuran pertandingan ini juga adalah dicetuskan sendiri oleh Sultan dan Sultanah Terengganu.

"Harapan saya agar program sebegini menjadi platform kepada kempen ‘Beautiful Terengganu’ dalam mewujudkan kolaborasi pelancongan yang boleh dimanfaatkan oleh semua pihak di samping ianya mampu memberi persepsi positif kepada agenda transformasi untuk memperkasakan lagi produk dan destinasi pelancongan negeri," katanya.

-- BERNAMA 

   

 
 
     
   
 

Iikan lumba-lumba terdampar diselamatkan pelajar UMT

 
     

JIM tumpas penipuan dalam talian warga China di Ipoh

 
     

Henti polemik isu hak milik tanah kampung baharu - MB Perak

 
     

Yuran Kelab Berkuda, Rekreasi Rakyat Parlimen Shah Alam hanya RM50

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel