Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Sampel darah Kampung Lubong negatif virus JE - DVS


Tarikh kemaskini: 18/07/2019





PUTRAJAYA, 18 Julai (Bernama) -- Kesemua sampel sera (darah) yang diambil dari Kampung Lubong, Tambunan di Sabah telah diuji di makmal dan didapati negatif virus Japanese Encephalitis (JE), kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar, Datuk Dr Quaza Nizamuddin Hassan Nizam.

Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) Sabah mendapati pada masa sekarang populasi khinzir di Kampung Lubong berjumlah 80 ekor dan dipelihara secara lepas bebas.

Ahli keluarga yang telah disahkan dijangkiti JE turut memelihara 12 ekor khinzir.

Susulan itu, tindakan segera telah diambil oleh DVS Sabah dengan mengambil sampel sera daripada empat ekor khinzir yang dipelihara keluarga itu dan tiga sampel sera daripada khinzir peliharaan jiran keluarga itu juga telah diambil.

"Bagaimanapun, kesemua sampel sera itu yang diuji di makmal adalah negatif untuk virus JE," kata Dr Quaza Nizamuddin dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Sebanyak 23 lagi sampel sera telah diambil dari Kampung Lubong semalam, menjadikan keseluruhan sampel sera yang telah diambil sebanyak 30 sampel, dan sampel itu akan diuji di makmal.

"Tindakan susulan untuk mengambil lagi sampel sera daripada baki 50 ekor babi juga akan dijalankan. Pihak berkuasa DVS Sabah yang perlu menangkap khinzir itu memandangkan ternakan itu dipelihara secara lepas bebas," katanya.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Kedah nafi keluarkan watikah kurniaan Ahli Kehormat DiRaja

 
     

Jumlah mangsa banjir di PPS Beaufort 448 orang

 
     

PGA9 rampas rokok putih bernilai RM750,000

 
     

Sambutan filem 'Garang - Aku Luar Biasa' mengenai atlet paralimpik kurang memberangsangkan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel