Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Harimau muncul di tengah jalan raya di Dungun


Tarikh kemaskini: 18/07/2019





KUALA TERENGGANU, 18 Julai (Bernama) -- Kemunculan seekor harimau yang dirakam melalui dua video yang tular di laman sosial sejak tengahari tadi disahkan berlaku di Dungun, Terengganu.

 Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu, Dr Abdul Malek Mohd Yusof berkata pihaknya telah menerima laporan rasmi berhubung kemunculan harimau itu pada pukul 11.30 pagi ini.

 "Kakitangan Perhilitan telah pun ke lokasi tersebut dan proses menangkap harimau itu sedang dilakukan," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Dua video yang masing-masing berdurasi satu minit 25 saat dan 11 saat itu menjadi tular di Facebook apabila kelibat 'Pak Belang' itu dirakam berada di tengah-tengah jalan raya di Hulu Dungun.

Dr Abdul Malek berkata pihaknya masih menjalankan siasatan untuk mengenal pasti punca kemunculan harimau tersebut dan berharap orang ramai tidak menyebarkan sebarang maklumat yang tidak benar.

Pada Februari 2016, negara digemparkan dengan satu kemalangan yang melibatkan seekor harimau belang di kilometer 321.2 Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) dekat Kemaman.   

Dalam kemalangan pukul 1 pagi itu, harimau tersebut mati selepas dilanggar kenderaan pelbagai guna (MPV) itu yang dipandu dari arah Kuala Lumpur menghala ke Kuala Terengganu.

Pada Nov 2018 pula, seekor harimau kumbang mati selepas dirempuh sebuah kereta di Kilometer 356, Lebuhraya Pantai Timur fasa 2 (LPT2) berhampiran Dungun, Terengganu.

-- BERNAMA 


 

   

 
 
     
   
 

Kerajaan PH akan terus laksana polisi beri manfaat pada rakyat

 
     

Seramai 70 peserta sertai Raleigh Borneo Expedition 2019

 
     

Rosmah pohon jaminan kos RM500,000 daripada syarikat barang kemas Lubnan

 
     

Separuh penjawat awam terlibat rasuah adalah golongan muda

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel