Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Mural Festival Jazz Kuching lokasi menarik fotografi


Tarikh kemaskini: 19/07/2019





KUCHING, 19 Julai (Bernama) -- Lukisan mural mengenai Kuching Waterfront Jazz Festival (KWJF) yang dilukis di bahagian tepi dinding Astana Wing, Riverside Majestic Hotel pastinya menjadi tumpuan anak muda mengambil gambar dan menyiarkannya di media sosial masing-masing.

Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan negeri Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata mural baharu itu akan menjadi satu lagi tarikan buat pelancong yang akan menjadikan bandar raya Kuching lebih menarik.

“Bagi pelancong dan orang muda, lokasi itu akan menjadi tempat fotografi terbaik di Kuching dan memaparkannya di media sosial mereka.

“Menerusi penglibatan media sosial ini, festival muzik jazz itu yang akan diadakan pada 28 hingga 29 Sept ini, serta bandar raya Kuching akan menjadi popular dan kelihatan di Internet,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Selain persembahan jazz daripada pemuzik bertaraf dunia, festival itu turut menyediakan bazar seni, kraf serta makanan dan minuman.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Banjir di Kelantan pulih sepenuhnya, semua PPS ditutup tengah hari ini

 
     

Buruh didakwa rogol anak kandung, setiap hari selama empat bulan

 
     

Bayi berusia tiga bulan di Sabah dijangkiti virus polio

 
     

Tunai mandat diberi dengan hadir ke mesyuarat - Setiausaha Agung PKR

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel