Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Banduan lari ditahan semula


Tarikh kemaskini: 19/07/2019





MELAKA, 19 Julai (Bernama) -- Polis berjaya menahan semula seorang banduan di sini malam tadi yang melarikan diri ketika bekerja di sebuah padang golf pada tengah hari semalam.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, ACP Afzanizar Ahmad berkata banduan tersebut berjaya ditahan semula pada pukul 8.45 malam tadi di lokasi yang jaraknya kira-kira 150 meter dari tempat dia melarikan diri.

“Pada  kira-kira pada pukul 12.50 tengah hari semalam seorang banduan telah melarikan diri ke kawasan hutan di belakang Tiara Golf Country.

 “Ketika kejadian, suspek bekerja bersama sembilan lagi banduan lain sebagai perkerja am di kawal selia oleh dua orang anggota penjara,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata banduan tersebut masih mempunyai baki tahanan selama dua bulan sebelum boleh dibebaskan.

Katanya suspek sebelum ini ditahan kerana melakukan kesalahan 304(b) Kanun Keseksaan kerana membunuh tanpa niat dan telah dijatuhkan hukuman penjara selama lima tahun.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Yuran Kelab Berkuda, Rekreasi Rakyat Parlimen Shah Alam hanya RM50

 
     

Lexis Hibiscus Port Dickson dinamakan tempat perkahwinan terkemuka di dunia

 
     

Ibu berpantang harungi banjir bersama bayi berusia 15 hari

 
     

JAS Negeri Sembilan sita kilang disyaki lepaskan enap cemar minyak hitam terpakai

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel