Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Polis Sabah lupus barang kes dadah bernilai lebih RM350,000


Tarikh kemaskini: 19/07/2019




KENINGAU, 19 Julai (Bernama) -- Polis Sabah melupuskan pelbagai jenis dadah seberat 7,360.87 gram bernilai RM354,611 membabitkan 2,590 kertas siasatan yang telah selesai dibicarakan bagi tempoh antara 1982 dan 2018.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Zaini Jass berkata ia merupakan pelupusan pertama dijalankan pada tahun ini dan merupakan siri keenam di Sabah itu melibatkan 20 daerah.

Beliau berkata antara barang kes dilupuskan termasuk methamphetamine (syabu) seberat 7,030.15 gram; heroin (0.51 gram); ganja (166.04 gram) dan ketamine (4.57 gram) selain ecstacy, pil psikotopik serta eramin 5.

“Pelupusan barang kes ini bertujuan mengelak barang kes menjadi rosak, koyak, lusuh dan dicemari oleh makhluk perosak seperti tikus dan anai-anai. Ia juga bagi mengelak tempat penyimpanan stor utama jadi tidak tersusun dan menyukarkan pergerakan keluar masuk barang kes bagi tujuan perbicaraan,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah Superintendan Ahmad Jawila, Ketua Polis Keningau DSP Shahrudin Mat Husain dan Ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Keningau Suriati Sukarti.

Zaini berkata pelupusan itu juga adalah satu daripada cara melakukan audit ke atas barang kes dadah dirampas dan selesai dibicarakan selain mengelak daripada menjejaskan kesihatan anggota bertugas.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Kedah nafi keluarkan watikah kurniaan Ahli Kehormat DiRaja

 
     

Jumlah mangsa banjir di PPS Beaufort 448 orang

 
     

PGA9 rampas rokok putih bernilai RM750,000

 
     

Sambutan filem 'Garang - Aku Luar Biasa' mengenai atlet paralimpik kurang memberangsangkan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel