Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Festival Balik Pulau 2019 promosi destinasi pelancongan baharu di P.Pinang


Tarikh kemaskini: 19/07/2019





BALIK PULAU, 19 Julai (Bernama) -- Festival Balik Pulau 2019 yang berlangsung selama tiga hari bermula hari ini akan mempromosikan Balik Pulau sebagai satu destinasi pelancongan baharu di Pulau Pinang.

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Muhammad Bakhtiar Wan Chik berkata banyak program diatur sepanjang festival itu, antaranya acara larian serta kayuhan basikal yang memberi peluang pelancong meneroka sekitar kawasan Balik Pulau.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Balik Pulau berkata selain itu orang ramai juga akan dihidangkan dengan persembahan orkestra tradisional, serta persembahan artis-artis jemputan, di samping berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik menerusi acara cabutan bertuah antaranya tiket-tiket penerbangan, motosikal, jam tangan, kamera dan sebagainya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas merasmikan pelancaran slogan 'I Love MY (Malaysia)' sempena Festival Balik Pulau 2019, di sini hari ini, yang menurutnya satu slogan yang antara lain disasar untuk menyemarakkan semangat kecintaan kepada negara dalam kalangan rakyat terutamanya golongan muda.

"Saya sengaja mengambil kesempatan daripada Festival Balik Pulau ini untuk mulakan kempen 'I Love MY' ini. Seharusnya ia menjadi ikutan kepada seluruh rakyat Malaysia, supaya kita semua berbangga dengan negara kita yang tercinta. Orang Malaysia sepatutnya mempopularkan tagline ini,” katanya.

Terdahulu Muhammad Bakhtiar menghadiri ceramah motivasi oleh selebriti dan usahawan, Ariz Ramli atau lebih dikenali Caprice, bertajuk 'Jihad in Education' kepada kira-kira 200 pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

FAMA rancang bangunkan tanah wakaf dengan tanaman durian

 
     

Kajian kebolehlaksanaan projek terowong dasar laut belum siap sepenuhnya - Chow

 
     

Geran usahawan hanya untuk yang benar-benar layak - Mohd Redzuan

 
     

Yong bercuti, beri tumpuan kepada perbicaraan kes rogol

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel