Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

HPP cari waris tiga mayat tidak dituntut


Tarikh kemaskini: 19/07/2019





GEORGE TOWN, 19 Julai (Bernama) -- Hospital Pulau Pinang (HPP) mencari anggota keluarga atau waris kepada tiga individu yang meninggal dunia sejak 8 Julai lepas, namun sehingga hari ini masih belum dituntut.

Pengarah HPP Datuk Dr. Norsidah Ismail berkata, jenazah pertama seorang warga emas iaitu Osman Ahmd, 64, beralamat terakhir di Kampung Kepala Bendang 2, Mukim Tualang Pokok Sena di Kedah dan meninggal dunia pada 9 Julai kerana 'chronic abstructive airway disease'.

"Jenazah kedua pula, wanita bernama Norainah Hashim, 59, beralamat di No 917, Kampung Pertama di Permatang Pauh dekat sini dan meninggal dunia pada 8 Julai kerana 'spontoneous intracranial bleed'.

“Mayat ketiga iaitu seorang lelaki, Lo Kar Yew, 57, yang beralamat di 50 Solok Thaton, di sini mati pada 8 Julai kerana 'Septicaemia secondary to left necrotizing fascitis',” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya kesemunya kini ditempatkan sementara di Jabatan Perubatan Forensik HPP kerana tiada anggota keluarga atau waris yang menuntutnya dan orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung waris mangsa boleh menghubungi Seksyen Perhubungan Awam HPP di talian 04-2225941 untuk urusan pengebumian.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Kerajaan PH akan terus laksana polisi beri manfaat pada rakyat

 
     

Seramai 70 peserta sertai Raleigh Borneo Expedition 2019

 
     

Rosmah pohon jaminan kos RM500,000 daripada syarikat barang kemas Lubnan

 
     

Separuh penjawat awam terlibat rasuah adalah golongan muda

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel