Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

APMM Kelantan tahan 25 nelayan Vietnam ceroboh perairan negara


Tarikh kemaskini: 19/07/2019





PASIR PUTEH, 19 Julai (Bernama) -- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kelantan menahan 25 nelayan Vietnam berserta dua bot milik mereka kerana menangkap ikan di perairan negara.

Pemangku Pengarah APMM Kelantan Komander Maritim Ismail Hamzah berkata mereka yang berumur antara 23 dan 43  tahun itu ditahan ketika menangkap ikan pada lokasi 87 dan 100 batu nautika dari pantai Tok Bali pada pukul 6.52 pagi dan 8.48 pagi pada Rabu lepas.

Beliau berkata kesemua suspek gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri ketika diperiksa oleh anggota APMM yang diketuai oleh Pegawai Memerintah Kapal Maritim (KM) Jujur Lt Komander Maritim Mohd Fazrul Niza Mohd Mustapa.

“Bagaimanapun kita tidak dapat membawa pulang sebuah bot yang mengalami kerosakan pada sistem janakuasa yang menyebabkan enjin tidak dapat berfungsi selain mengalami kebocoran.

“Kesukaran itu ditambah pula dengan cuaca yang berada pada tahap amaran kategori pertama dengan ombak setinggi 3 hingga 5 meter dan tiupan angin pada kelajuan 50 meter sejam,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Ismail berkata pihaknya tiada pilihan lain selain terpaksa membiarkan bot berkenaan tenggelam atas faktor keselamatan.

Beliau berkata kesemua nelayan berkenaan bersama sebuah lagi bot dibawa pulang ke Jeti APMM Tok Bali untuk siasatan lanjut di bawah Akta Perikanan 1985.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Yuran Kelab Berkuda, Rekreasi Rakyat Parlimen Shah Alam hanya RM50

 
     

Lexis Hibiscus Port Dickson dinamakan tempat perkahwinan terkemuka di dunia

 
     

Ibu berpantang harungi banjir bersama bayi berusia 15 hari

 
     

JAS Negeri Sembilan sita kilang disyaki lepaskan enap cemar minyak hitam terpakai

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel