Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

PKR terus beri sokongan padu kepada kepimpinan Tun Mahathir - Anwar


Tarikh kemaskini: 19/07/2019





PORT DICKSON, 19 Julai (Bernama) -- Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan parti itu sejak awal penubuhan Pakatan Harapan (PH) sehingga penubuhan kerajaan dan kini tetap memberi sokongan padu kepada kepimpinan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. 

Anwar berkata negara memerlukan parti komponen yang kuat dalam PH dan persefahaman di kalangan anggota parti adalah penting. 

“Negara hari ini perlukan Keadilan yang kuat, Bersatu yang kuat, Amanah serta DAP yang kuat... dalam gabungan ini bukan kerajaan Keadilan tetapi kerajaan PH maknanya persefahaman antara kita sangat penting,” katanya dalam ucapan pada program Temurapat Majlis Pimpinan Pusat Keadilan sesi 2018/2021 di sini, malam ini. 

Turut hadir Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Timbalan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Majlis Penasihat PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta barisan pimpinan PKR pusat dan negeri.

Anwar berkata gabungan itu perlu kekuatan baharu, suntikan, peranan serta semangat Tun Mahathir untuk bersama-sama berjuang.

-- BERNAMA 

   

 
 
     
   
 

Kerajaan PH akan terus laksana polisi beri manfaat pada rakyat

 
     

Seramai 70 peserta sertai Raleigh Borneo Expedition 2019

 
     

Rosmah pohon jaminan kos RM500,000 daripada syarikat barang kemas Lubnan

 
     

Separuh penjawat awam terlibat rasuah adalah golongan muda

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel