Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Hoki Piala Dunia Dalam Dewan: Malaysia semakin hampir untuk layak


Tarikh kemaskini: 20/07/2019




KUALA LUMPUR, 19 Julai (Bernama) -- Pasukan hoki lelaki dalam dewan negara semakin menghampiri penampilan pertama mereka, di Piala Dunia Hoki Dalam Dewan 2021.

Dengan dua pasukan terbaik Piala Asia Dalam Dewan 2019 lelaki akan layak ke Piala Dunia itu, Malaysia melangkah ke separuh akhir, selepas mengalahkan Thailand 2-1 di Chonburi, malam ini.

Dalam perlawanan Kumpulan A, Malaysia membuka jaringan melalui Muhamad Aminudin Mohd Zain yang menyermpurnakan pukulan penalti pada minit ke-15, sebelum pemain berusia 24 tahun itu, menjadikan kedudukan 2-0  pada minit ke-37 melalui pukulan sudut penalti.

Thailand cuba untuk bangkit melalui gol padang jaringan Warun Boonpea pada minit ke-38, namun gol itu gagal mengubah keputusan akhir.

Selepas mengalahkan Bangladesh 6-0, membelasah Filipina 20-1, sebelum tewas kepada juara bertahan Iran, Malaysia kini berada di tempat kedua dengan sembilan mata, tiga mata di belakang Iran, diikuti Thailand (6), Bangladesh (3) dan Filipina (0).

Malaysia dijadualkan untuk bertemu pasukan teratas Kumpulan B, Kazakhstan pada Sabtu malam, sementara pasukan wanita yang layak ke separuh akhir selepas menduduki tempat kedua Kumpulan B semalam, juga akan berhadapan pasukan wanita dari negara yang sama.

Hanya pasukan yang memasuki perlawanan akhir bagi lelaki dan juara bagi wanita sahaja, akan menempah tiket ke Piala Dunia Dalam Dewan 2021.

Untuk rekod, kedua-dua pasukan lelaki dan wanita negara tidak pernah layak bermain di Piala Dunia Dalam Dewan, sejak piala empat tahun sekali itu diperkenalkan pada tahun 2003.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Pindaan kaedah ujian memandu untuk laksanakan e-testing - Loke

 
     

Kejayaan sesuatu penyampaian diukur kepuasan pelanggan - Aminuddin

 
     

Pasukan bola sepak Sabah, peserta Unduk Ngadau sertai perarakan Hari Kebangsaan

 
     

Berdepan pertuduhan rogol: Exco Perak dinasihat cuti daripada tugas rasmi

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel