Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kementerian Pendidikan galakkan pihak swasta ketengahkan ilmu robotik di sekolah tahfiz


Tarikh kemaskini: 20/07/2019





JOHOR BAHRU, 20 Julai (Bernama) -- Kementerian Pendidikan hari ini menggalakkan pihak swasta untuk bersama-sama membantu mengetengahkan ilmu kemahiran robotik di sekolah tahfiz di negara ini.

Menterinya Dr Maszlee Malik berkata ilmu berkaitan robotik dilihat amat penting untuk dilengkapkan dalam kalangan murid sekolah berkenaan bagi mengelakkan mereka tidak ketinggalan selaras arus semasa.

“Kementerian Pendidikan sememangnya menggalakkkan aktiviti robotik kerana ini merupakan persiapan kepada anak-anak kita di alam pekerjaan di masa hadapan yang begitu bergantung kepada robotik, kepada ilmu berkaitan Revolusi Industri 4.0.

“Jadi, kita mesti melengkapkan anak-anak kita segala ilmu yang menyediakan masa depan mereka,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis penutup pertandingan Tun Fatimah Innovation Challenge (Tun Fatimah i-Challenge) di Sekolah Tun Fatimah, di sini hari ini.

Terdahulu dalam ucapannya, Ahli Parlimen Simpang Renggam itu melahirkan kegembiraan terhadap pertumbuhan sekolah tahfiz di negara ini.

Namun, dalam masa sama, beliau bimbang murid di sekolah itu yang dilihat kurang didedahkan dengan kemahiran robotik untuk masa depan mereka.

Mengenai pertandingan Tun Fatimah i-Challenge yang mengetengahkan aktiviti pengaturcaraan dan pembangunan robotik, beliau percaya ia mampu melahirkan pelajar yang sangat teliti, mempunyai komitmen yang tinggi serta sabar dalam menyelesaikan sesuatu masalah.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Rosmah pohon jaminan kos RM500,000 daripada syarikat barang kemas Lubnan

 
     

Separuh penjawat awam terlibat rasuah adalah golongan muda

 
     

Sultan Nazrin rasmi klinik kesihatan Simpang

 
     

Dua warga emas lari lebih 500km sempena Hari Kebangsaan ke-62

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel