Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Sekolah Convent di Pulau Pinang akan terus dipelihara


Tarikh kemaskini: 20/07/2019





GEORGE TOWN, 20 Julai (Bernama) -- Kerajaan negeri Pulau Pinang mengalu-alukan pendirian Sisters of the Infant Jesus Malaysia (SIJ) untuk terus memelihara watak serta semangat sekolah Convent dan tidak berhasrat menjual tanah dan sekolah itu untuk tujuan pembangunan.

Ketua Menteri  Chow Kon Yeow berkata perkara itu dijelaskan kepada beliau dalam pertemuan dengan sembilan wakil pemilik sekolah itu semalam yang menerangkan tentang kedudukan terkini sekolah itu.

“Pertemuan sejam itu di Komtar telah memberi pencerahan kepada kerajaan negeri terhadap kedudukan sekolah itu,” katanya.

Bagaimanapun, Chow berkata kerajaan negeri difahamkan bahawa SIJ telah meminta  agar premis sekolah Convent, yang diambil alih oleh Kementerian Pendidikan pada tahun 1972 sebagai sekolah bantuan Persekutuan dikembalikan kepada mereka.

Beliau berkata proses permohonan telah dibuat pada  September 2016 dan permintaan mereka telah diluluskan oleh kementerian pada tahun lepas.

Sebuah akhbar  berbahasa Inggeris bulan lalu melaporkan  bahawa Sekolah Kebangsaan Convent Light Street, Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Light Street dan SMK Convent Pulau Tikus, akan ditutup pada 2024 dan tanah itu dikembalikan kepada pemiliknya, SIJ.

 Pengambilan pelajar bagi bagi ketiga-tiga sekolah itu telah dihentikan sejak tahun lepas.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Rosmah pohon jaminan kos RM500,000 daripada syarikat barang kemas Lubnan

 
     

Separuh penjawat awam terlibat rasuah adalah golongan muda

 
     

Sultan Nazrin rasmi klinik kesihatan Simpang

 
     

Dua warga emas lari lebih 500km sempena Hari Kebangsaan ke-62

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel