Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

YOKUK rai hari lahir 400 kanak-kanak OKU di Kelantan


Tarikh kemaskini: 20/07/2019




KOTA BHARU, 20 Julai (Bernama) -- Seramai 400 orang kanak-kanak Orang Kelainan Upaya (OKU)  seluruh negeri Kelantan diraikan dalam majlis sambutan hari lahir dengan  meriah oleh Yayasan Orang Kurang Upaya Kelantan (YOKUK) di sini, hari ini.

Mereka turut memotong kek hari lahir di samping menyertai beberapa permainan termasuk pertandingan kerusi roda bagi mewujudkan suasana gembira di kalangan kanak-kanak terbabit.

Pengerusinya Datin Suliana Shamsuddin Alias berkata ia bertujuan memberi peluang kepada kanak-kanak terbabit merasai kemeriahan diraikan orang ramai.

Beliau meminta orang ramai supaya tidak memperalatkan golongan OKU untuk tujuan negatif.

"OKU khususnya lembam walaupun kita tengok umur mereka 20 atau 25 tahun, pemikiran mereka seperti kanak-kanak 5 sehingga 7 tahun mereka akan ikut sahaja apa yang disuruh,” katanya.

Karnival itu dirasmikan oleh Cik Puan Sofie Louise Johansson, isteri kepada Tengku Mahkota Kelantan Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra,  di Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian, di sini.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Kementerian Pendidikan siap sedia hadapi banjir

 
     

Kos beli vaksin untuk pendatang asing akan diumumkan nanti

 
     

Perpaduan sebenar tidak kenal fahaman politik, amalan kepercayaan - Daud Yusof

 
     

Semakan keputusan kemasukan MRSM tingkatan satu bermula hari ini

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel