Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Penampang perlu tambahan satu lagi kerusi DUN - Darell


Tarikh kemaskini: 20/07/2019





KOTA KINABALU, 20 Julai (Bernama) -- Ahli Parlimen Penampang Datuk Darell Leiking mahu satu lagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi kawasan Parlimen itu ditambah berikutan jumlah penduduk di kawasan itu kini mencecah lebih 100,000 orang.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu berkata Penampang ketika ini hanya mempunyai dua kerusi DUN iaitu Moyog serta Kepayan, dan dengan penambahan satu lagi kerusi DUN akan memudahkan wakil rakyat mendekati dan mewakili suara penduduk dengan lebih baik.

Pada pilihan raya umum lepas, Parlimen Penampang mencatatkan jumlah pengundi sebanyak 53,131 orang.

Darell berkata kawasan Parlimen lain seperti Papar, Putatan dan Sepanggar masing-masing akan mempunyai tiga kerusi DUN menerusi penambahan 13 lagi kerusi baharu.

“Kita tidak minta semasa pembentangan usul di Dewan Rakyat sebab ia sudah diluluskan DUN Sabah semasa pemerintahan kerajaan terdahulu.

"Langkah seterusnya ialah kita akan bincang bersama pemimpin (Sabah) yang lain termasuk dengan Ketua Menteri (Datuk Seri Mohd Shafie Apdal) dan saya mahu satu kerusi DUN tambahan di Penampang,” katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas kelulusan 13 kerusi DUN Sabah di sini, hari ini.

Pada Rabu, Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang bagi menambah jumlah kerusi DUN di Sabah selepas mendapat sokongan semua 158 ahli Parlimen yang hadir di Dewan termasuk penggubal undang-undang dari Sabah.

Mengulas lanjut, Darell yang juga Timbalan Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) berkata, kelulusan penambahan kerusi baharu itu adalah perkara baik yang membolehkan negeri ini terus maju ke depan, selain beliau juga mahu kerajaan membincangkan keperluan menambah kerusi Parlimen di negeri ini.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Kementerian Pendidikan akan kaji penggunaan alat permainan yang mampu asah minda kanak-kanak

 
     

FAMA rancang bangunkan tanah wakaf dengan tanaman durian

 
     

Kajian kebolehlaksanaan projek terowong dasar laut belum siap sepenuhnya - Chow

 
     

Geran usahawan hanya untuk yang benar-benar layak - Mohd Redzuan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel