Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Wanita maut terjatuh 15 meter di Bukit Batu Condong


Tarikh kemaskini: 20/07/2019





KUALA LUMPUR, 20 Julai (Bernama) -- Seorang wanita meninggal dunia selepas terjatuh dari ketinggian kira-kira 15 meter ketika mendaki Bukit Batu Condong, Kemensah, dekat sini, hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis berkata mangsa Syarfalili Sahahir, 31, mengalami kecederaan parah di kepala dan kaki akibat terjatuh di kawasan berbatu dan curam di kawasan itu kira-kira 9 pagi.

Syarfalili dan tiga rakannya memulakan pendakian mereka pada 7.30 pagi ini.

“Mangsa berjaya dibawa turun kira-kira 3.20 petang tadi dan disahkan meninggal dunia oleh doktor dari Hospital Ampang,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata  lapan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Ampang dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pukul 9.26 pagi. 

Katanya, mangsa dibawa turun dengan menggunakan pengusung dan dibantu 18 anggota Pasukan Khas Operasi, Taktikal dan Penyelamat Malaysia (STORM).

Norazam berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Ampang untuk bedah siasat.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

KYP Advanced Skills dialukan dalam penubuhan De' Royal Azizah Culinary School

 
     

Pindaan kaedah ujian memandu untuk laksanakan e-testing - Loke

 
     

Kejayaan sesuatu penyampaian diukur kepuasan pelanggan - Aminuddin

 
     

Pasukan bola sepak Sabah, peserta Unduk Ngadau sertai perarakan Hari Kebangsaan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel