Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Rakyat negeri perlu tahu sejarah Hari Sarawak - Abang Jo


Tarikh kemaskini: 20/07/2019





KUCHING,  20 Julai (Bernama) -- Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mahukan  rakyat Sarawak mengetahui sejarah Hari Sarawak atau Hari Kemerdekaan Sarawak yang disambut setiap tahun pada 22 Julai.  

Abang Johari berkata mereka yang dilahirkan sebelum 1963, adalah mereka yang menyaksikan pelbagai fasa pembangunan yang berlaku dalam negeri ini merangkumi bidang ekonomi, sosial, fizikal dan politik.

 "22 Julai (1963) adalah hari bersejarah yang mesti diketahui oleh semua rakyat Sarawak khususnya tentang peristiwa yang membawa kepada hari Sarawak diberi kuasa untuk memerintah sendiri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.  

Beliau menyeru rakyat Sarawak agar kekal bersatu demi menentukan Sarawak mencapai status negeri maju menjelang 2030 dan ekonomi Sarawak mesti diangkat selaras dengan ekonomi global termasuk ekonomi digital.   

Sejumlah tujuh acara utama akan diadakan bermula hari ini hingga Isnin (22 Julai) dengan kemuncak acara utama Rali Hari Sarawak pada sebelah paginya di Lapangan Terbang Lama Bintulu.  

Semetara itu, menteri bertanggungjawab bagi perayaan itu, Datuk Seri Dr Stephen Rundi dalam perutusan serupa menggesa rakyat Sarawak, khususnya mereka di Bintulu dan kawasan sekitar menyertai acara itu sebagai tanda menghargai pengorbanan dan perjuangan pemimpin-pemimpin lepas yang telah menyumbang kepada pembangunan dan kemajuan Sarawak.

Dr Rundi yang juga Menteri Utiliti Negeri berkata tujuh aktiviti ‘menarik dan mengujakan’ yang akan diadakan ialah E-Sukan Hari Sarawak 2019; Larian Hari Sarawak (Larian 21km Bintulu); Majlis Kesyukuran; Konsert Kamek Sayang Sarawak; Rali Hari Sarawak; Pameran Hari Sarawak dan Cintai Sarawak Menerusi Sejarah. 

— BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Iikan lumba-lumba terdampar diselamatkan pelajar UMT

 
     

JIM tumpas penipuan dalam talian warga China di Ipoh

 
     

Henti polemik isu hak milik tanah kampung baharu - MB Perak

 
     

Yuran Kelab Berkuda, Rekreasi Rakyat Parlimen Shah Alam hanya RM50

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel