Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

339 individu dari tujuh mukim di Tambunan terima geran tanah


Tarikh kemaskini: 20/07/2019





TAMBUNAN, 20 Julai (Bernama) -- Penantian penduduk di tujuh buah mukim di daerah Tambunan untuk memiliki tanah sendiri berakhir apabila Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menyampaikan geran individu 'Native Title' seluas 496.7 hektar kepada 339 individu di kawasan berkenaan.

Tujuh mukim itu ialah Kirokot, Patau, Sunsuron, Toboh, Lintuhun, Nambayan, dan Monsorulung.

Berucap pada majlis penyerahan geran itu, Mohd Shafie berkata kerajaan akan terus berusaha memastikan individu yang layak akan mendapat geran masing-masing.

"Apa yang kita mahu semua penerima geran ini dapat manfaatkan sebaiknya tanah berkenaan. Selepas ini kita akan ke daerah lain untuk menyampaikan geran yang sedang diproses," katanya.

Mohd Shafie turut memberi peringatan keras kepada para penerima untuk tidak menjual tanah tersebut kerana ia adalah harta warisan keluarga, dan generasi akan datang.

Beliau berkata, rakyat perlu dibantu dengan pelbagai pendekatan, dan inilah antara usaha kerajaan dalam membantu rakyat.

"Saya tidak mahu seorang Ketua Menteri kaya raya, tapi rakyatnya miskin . Saya tidak mahu melihat rakyat hidup dalam kesusahan sehingga kadang-kadang ada yang tidak cukup makan," katanya.

Pada majlis penyerahan geran dan majlis bersama penduduk Tambunan itu, Mohd Shafie turut mengumumkan peruntukan RM1 juta sebagai dana tambahan untuk membina gereja St. Theresa Tambunan dan masing-masing RM20,000 untuk dua rumah anak-anak yatim di Tambunan.

Turut hadir pada majlis itu Menteri Pembangunan Infrastruktur Negeri, Datuk Peter Anthony, Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Ewon Benedick dan Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur Datuk Safar Untong.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Iikan lumba-lumba terdampar diselamatkan pelajar UMT

 
     

JIM tumpas penipuan dalam talian warga China di Ipoh

 
     

Henti polemik isu hak milik tanah kampung baharu - MB Perak

 
     

Yuran Kelab Berkuda, Rekreasi Rakyat Parlimen Shah Alam hanya RM50

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel