Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Penyertaan untuk Anugerah Media Kinabalu 2019 kini dibuka sehingga 2 Ogos


Tarikh kemaskini: 20/07/2019




KOTA KINABALU, 20 Julai -- Wartawan, jurugambar dan penerbit dari media cetak dan elektronik serta media dalam talian di Sabah dan Labuan kini boleh mengemukakan penyertaan untuk Anugerah Media Kinabalu (KPA) 2019 bermula semalam hingga 2 Ogos.

Setiausaha Persatuan Wartawan Sabah (SJA), Siti Aisyah Narudin berkata hanya hasil kerja yang disiarkan antara 1 Jan hingga 31 Dis, 2018 layak untuk penyertaan.

Beliau berkata majlis penyampaian anugerah kewartawanan yang dinanti-nantikan di Sabah dan Labuan itu akan diadakan pada November tahun ini dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dijangka menjadi tetamu kehormat.

Anugerah Media Kinabalu adalah perkongsian antara Kerajaan Negeri Sabah dan SJA, bertujuan untuk mengiktiraf kecemerlangan kewartawanan dan untuk mempertingkatkan lagi standard kewartawanan di negeri dan Labuan.

Semua penyertaan hendaklah dialamatkan kepada: Sekretariat, Lot 9 Tingkat 1, Blok B, Lintas Square, Jalan Lintas, 88300 Luyang, Kota Kinabalu (Untuk Perhatian: Brandon Young).

Borang penyertaan dan peraturan juga boleh diperoleh daripada SJA dalam tempoh penyertaan atau pertubuhan/persatuan media masing-masing di Sabah dan Labuan.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi perunding DB Rox KPA 2019 di 019 888 6803 atau e-mel dbroxplt@gmail.com.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Iikan lumba-lumba terdampar diselamatkan pelajar UMT

 
     

JIM tumpas penipuan dalam talian warga China di Ipoh

 
     

Henti polemik isu hak milik tanah kampung baharu - MB Perak

 
     

Yuran Kelab Berkuda, Rekreasi Rakyat Parlimen Shah Alam hanya RM50

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel