Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kerajaan Sarawak akan terus sokong penganjuran BCF


Tarikh kemaskini: 21/07/2019





SIBU, 21 Julai (Bernama) – Kerajaan Sarawak akan terus memberi sokongan kepada penganjuran Pesta Kebudayaan Borneo (BCF) untuk menarik kehadiran lebih ramai pelancong tempatan dan luar negara pada masa akan datang.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, sejak 15 tahun lalu pesta tersebut  bukan setakat telah meletakkan Sibu dalam peta pelancongan antarabangsa malah Sarawak secara keseluruhannya serta menjana pendapatan kepada rakyat.

BCF juga telah memainkan peranan penting di dalam sosialiasi antara peserta-peserta yang terdiri daripada masyarakat pelbagai kaum dan agama serta merupakan wadah untuk mempelajari dan memperkayakan kepelbagaian budaya.

“BCF sekarang telah berkembang menjadi jenama pelancongan korporat dari Sibu dan wilayah tengah Sarawak,”katanya dalam ucapan merasmikan BCF ke-15 di Dataran Tun Tuanku Bujang malam tadi.

Teks ucapan beliau telah disampaikan oleh Menteri Muda Pendidikan dan Penyelidikan Teknologi, Dr.Annuar Rapa’ee.

Pesta tahunan anjuran Majlis Perbandaran Sibu (SMC) itu yang berlangsung dari 18 hingga 27 Julai di Dataran Tun Tuanku Bujang mengetengahkan persembahan-persembahan kebudayaan dan kesenian, permainan tradisional serta makanan masyarakat pelbagai kaum negeri Sarawak.

Bresempena dengan pesta itu, SMC akan menganjurkan Festival Tarian Antarabangsa Sibu bagi memberi peluang kepada generasi muda di negeri ini belajar menghargai dan menikmati kepelbagaian budaya di Sarawak.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Iikan lumba-lumba terdampar diselamatkan pelajar UMT

 
     

JIM tumpas penipuan dalam talian warga China di Ipoh

 
     

Henti polemik isu hak milik tanah kampung baharu - MB Perak

 
     

Yuran Kelab Berkuda, Rekreasi Rakyat Parlimen Shah Alam hanya RM50

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel