Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Remaja maut, dua rakan cedera kemalangan di lebuh raya


Tarikh kemaskini: 21/07/2019




KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) -- Seorang remaja lelaki maut manakala dua rakannya cedera dalam kemalangan di Kilometer 430.4 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Bukit Beruntung awal hari ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Hulu Selangor DSP Azman Ab Rahman berkata Mohammad Fakrurraziq Eddy Izzudin, 18, maut di lokasi kejadian selepas motosikal Yamaha 13LC ditunggang melanggar sebuah lori yang berada di lorong kiri dalam kejadian pukul 2.30 pagi itu. 

"Akibat kemalangan itu, mangsa terjatuh di atas jalan raya sebelum dilanggar dua rakannya berusia 18 dan 19 tahun yang menunggang motosikal Yamaha 125Z dan Yamaha Lagenda.

"Sebuah kereta jenis Nissan Sentra dipandu lelaki berusia 52 tahun turut melanggar mangsa dan rakannya selepas gagal mengelak," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata pemandu lori berusia 37 tahun dan pemandu kereta terbabit tidak cedera.

Mayat Mohammad Fakrurraziq dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk bedah siasat menakala dua rakanya yang cedera juga dihantar ke hospital sama.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Kerajaan PH akan terus laksana polisi beri manfaat pada rakyat

 
     

Seramai 70 peserta sertai Raleigh Borneo Expedition 2019

 
     

Rosmah pohon jaminan kos RM500,000 daripada syarikat barang kemas Lubnan

 
     

Separuh penjawat awam terlibat rasuah adalah golongan muda

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel