Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Lelaki dikhuatiri lemas selepas dipercayai jatuh laut ketika memancing


Tarikh kemaskini: 21/07/2019





ALOR SETAR, 21 Julai (Bernama) -- Seorang lelaki berumur lingkungan 30-an dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh laut ketika memancing ikan di belakang sebuah hotel di Pantai Tengah, Langkawi petang Sabtu.

Penolong Pengarah Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata pihaknya mendapat panggilan berhubung kejadian itu pada 7.54 malam tadi dan tiba di lokasi berkenaan lapan minit kemudian.

"Setibanya pihak kami di tempat kejadian maklumat diterima daripada rakan mangsa memaklumkan lelaki tersebut telah terjatuh ke dalam laut semasa memancing ikan di kawasan tersebut lebih kurang 5 petang," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohamadul Ehsan berkata pihaknya yang terdiri daripada lima anggota termasuk pegawai berhadapan sedikit kesukaran berikutan keadaan laut bergelora terlalu kuat dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa malam tadi dengan dimulakan di pesisir pantai kawasan itu.

Beliau berkata operasi mencari dan menyelamat mangsa diteruskan lagi pagi ini bermula 7 pagi Ahad.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Iikan lumba-lumba terdampar diselamatkan pelajar UMT

 
     

JIM tumpas penipuan dalam talian warga China di Ipoh

 
     

Henti polemik isu hak milik tanah kampung baharu - MB Perak

 
     

Yuran Kelab Berkuda, Rekreasi Rakyat Parlimen Shah Alam hanya RM50

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel