Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Mayat mangsa lemas ketika menjala ikan di Sungai Pegalan ditemukan


Tarikh kemaskini: 21/07/2019





KENINGAU, 21 Julai (bernama) -- Mayat seorang lelaki tempatan dilaporkan hilang ketika menjala ikan di Sungai Pegalan, dekat sini, pada Jumaat  ditemui  Sabtu petang semalam.

Menurut kenyataan  Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sabah, mangsa John Wahid, 35, ditemui dalam keadaan terdampar di 60 meter dari lokasi mangsa dilaporkan hilang, kira-kira jam 2.20 petang Sabtu.

Mayat mangsa ditemui oleh sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba Penyelamat Keningau yang menjalankan operasi mencari dan menyelamat mangsa selepas menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pagi semalam.

Mayat mangsa telah diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut.

Sebelum itu, mangsa dikatakan keluar menjalan ikan di Sungai Pegalan, berhampiran Kampung Marangas, Apin-Apin, kira-kira pukul 10.10 malam pada Jumaat.

Pada Sabtu, keluarga mangsa menghubungi balai polis Keningau untuk memaklumkan kehilangan tersebut selepas mendapati mangsa tidak kembali ke rumah.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Empat ADUN pembangkang gesa Perlis terima pegawai SPRM

 
     

Sultan Selangor berkenan hadir ke Jamuan Teh Diraja

 
     

LTTE: Permohonan ikat jamin dua ADUN, ketua pegawai perbadanan didengar Isnin

 
     

Dewan Negara: LPT2 catat 246 kes kemalangan maut dari Januari 2016-Oktober 2019

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel